Saturday, 7 May 2016

JURNAL TUGASAN BM BIL. 11/2016 : SELAMAT HARI IBU (MOMMY)

Hati tersentuh apabila mendengar lagu 7 Years oleh penyanyi Lukas Graham. Liriknya amat menyentuh perasaan. Oh, saya baru perasaan yang hari ini adalah Hari Ibu. Selamat Hari Ibu kepada ibuku yang tercinta, Noor Azian Jamaludin.


Terima kasih, ibu. "Kasih ibu membawa ke syurga." "Syurga di bawah tapak kaki ibu."



Saya berjanji yang saya akan menjadi anak yang lebih baik dan dapat menjaga hati ibu. Selain itu, saya juga akan cuba sedaya upaya membahagiakan ibu.


Semasa ibu mengandungkan saya, ketika itu, ibu sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana sains (M. Sc). Pada ketika itu, saya percaya adalah satu yang sukar untuk membawa saya yang masih dalam kandungan. Saya masih dalam perut ibu. Kemungkinan, pada masa itu, ibu belajar, saya pun belajar juga agaknya. Ibu ke perpustakaan, saya ke perpustakaan juga. Ibu ke tandas, saya pun ke tandas juga. Oops!



Saya juga percaya bahawa agak sukar hendak mengeluarkan saya sehingga saya dikeluarkan melalui tingkap (C-sect). Ibu juga perlu menjaga saya sambil belajar. Terima kasih, ibu.



Saya sayang ibu!


Inilah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. Semasa Majlis Konvo ibu mengambil ijazah Master, saya sibuk di luar bermain belon belari tanpa arah dengan mengikut hati. Tetapi sekarang, saya telah berada di dalam kampus universiti, dan saya berjanji untuk memakai topi yang sama seperti ibu dalam gambar pada satu hari nanti dan membuat hati ibu gembira.

Inilah ibu saya; ibu yang kusayangi selama-lamanya.


No comments: