Monday 2 May 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM Bil. 10/2016: "CAREER TALK" - MENGENAI KERJAYA SELEPAS SPM

Pada 30 April 2016, saya telah menghadiri satu seminar berkaitan dengan kerjaya iaitu 1ST CAREERS UNLOCKED! 2016 yang dianjurkan oleh Alumni Felo Perdana bertempat di Fakulti Pentabiran Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Saya dijemput oleh seorang senior Prodigy, iaitu Inderjit Kaur, untuk menyertai seminar ini.


Sepanjang seminar tersebut, peserta seminar boleh menyertai mana-mana ceramah berkaitan dengan kareer pilihan masing-masing. Saya memilih seminar berkaitan dengan kerjaya akauntan bertauliah. Pada waktu yang sama, diadakan ceramah kareer dalam bidang pendidikan, yang mana salah seorang penceramah ialah Professor Madya Dr Rorlinda dari Pusat PERMATApintar Negara.


Sesuatu yang menarik yang mana saya telah berjumpa dengan senior Erudite, iaitu Abang Ryan Owen Sigat dan Abang Azwar. Saya dimaklumkan oleh Abang Ryan Owen Sigat, beliau telah berjaya mendapat biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang geologi di Arizona University pada September ini.  Manakala Abang Azwar sedang memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakunan di peringkat CAT (Certified Accounting Technician) dan seterusnya ke peringkat ACCA di INTEC Education College, UiTM. Beliau juga telah memohon untuk mendapatkan biasiswa daripada PENERAJU. Beliau telah menduduki temu duga dan sedang menunggu keputusan. Saya mengucapkan semoga beliau berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Saya juga bercadang untuk melanjutkan pelajaran sehingga menjadi chartered accountant melalui jalan yang sama dan bekerja di firma pengauditan dan perakaunan terbesar di dunia seperti Prize Waterhouse Cooper, Dolloite dan Ernst and Young.

Penceramah yang memberikan ceramah bagi bidang perakunan adalah seperti di bawah:


Sesuatu yang menarik yang saya mempelajari dari Dr. Nurmazilah adalah kareer sebagai akauntan amat diperlukan oleh negara kita yang mana di Malaysia perlu meningkatkan jumlah akauntan bertauliah daripada 30 ribu kepada 60 ribu. Di negara-negara maju, ratio akauntan dan penduduk adalah dalam lingkungan 100 – 200 orang, manakala di Malaysia, pada masa ini, ratio di adalah 1:950. Beliau juga mengatakan akauntan diperlukan di masa ekonomi meningkat naik dan juga semasa ekonomi merosot.

Profesion akauntan adalah satu kerjaya yang cepat meningkat naik sehingga ke jawatan CEO ataupun COO dalam sesebuah syarikat, contohnya, Mantan CEO Petronas, Tan Sri Hassan Marican, adalah seorang akauntan. Selain itu, Gabenor Bank Negara Malaysia yang terkini dan Dato' Sri Abdul Wahid, Menteri di jabatan Perdana Menteri yang juga mantan CEO maybank Berhad juga merupakan seorang akauntan.

Encik Megat, iaitu penceramah yang kedua, telah bekerja sebagai akautan bertauliah selama lebih 15 tahun di firma perakaunan Dolloite, dan sekarang di Ernst and Young. Beliau pernah bertugas di Ernst and Young, London, selama 6 tahun. Beliau pakar dalam perakaunan insurans.

Encik Shahir, yang merupakan penceramah ketiga, bertugas di Prize Waterhouse Cooper. Beliau merupakan graduan mechanical engineering dari Monash University. Selepas bekerja sebagai jurutera, beliau mendapati kareer sebagai jurutera mengambil masa yang panjang untuk mendapat kenaikan pangkat. Selepas mendapat nasihat daripada kawan-kawan, beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ACCA dan lulus dalam tempoh 4 tahun, dan sekarang, beliau berkerja dalam bidang pengauditan di PwC.

Kesimpulannya, untuk mencapai impian masing-masing, ia mesti dilakukan mengikut keupayaan masing-masing sama ada mengambil Foundation dan seterusnya mengambil ijazah dalam bidang perakaunan, kemudiannya mengambil ACCA. Atau, melalui cara yang lebih pantas dengan mengambil CAT dan kemudiannya melanjutkankan pelajaran ke ACCA.

No comments: