Sunday 10 April 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM Bil. 7/2016: GURU MATEMATIK

Semenjak kecil, saya amat meminati dengan angka. Jurnal kali ini, saya ingin mendedikasikan kepada semua guru yang pernah mengajar subjek matematik secara formal dan tidak formal. Guru matematik paling awal saya adalah ibu dan bapa saya. Setiap kali saya menaiki dan menuruni tangga, saya akan mengira. Ibu dan bapa mengajar campur dan tolak menggunakan kaedah mental arithmetic. Angka besar selalu dalam minda. Setiap kali memotong kek hari jadi dan memotong buah-buahan, saya belajar bab tentang pecahan. 'Setengah kek campur setengah kek jadi satu kek!'.



Apabila membahagi-bahagikan kek semasa hari jadi saya, saya diajar membahagi-bahagikan kek mengikut pecahan, sama ada satu per empat, satu per lapan, dan sebagainya. Secara formal, saya belajar matematik di Tumbletots dan Letterland, semasa saya berumur 1 1/2 tahun hingga 2 tahun. Apabila memasuki alam persekolahan di Sayfol International School, guru matematik saya yang pertama adalah Ms. Sherley. Di darjah dua, Ms. Gloria dari Filipina. Semasa darjah tiga, Ms. Sathi. Kesemuanya mereka ini menyumbang kepada minat saya dalam matematik.


Semasa saya darjah empat, saya diajar oleh Ms. Anusha, dan semasa darjah lima, saya diajar oleh seseorang guru yang terlupa nama. Selepas itu, saya berpindah sekolah ke Stella Maris Private School, Ampang. Saya di bawah tunjuk ajar seorang sifu dalam matematik iaitu Mr. Teh. Dari pengamatan saya, beliau seorang guru yang amat berdedikasi. Beliaulah yang telah membuat eksplorasi dan eksperimen ke atas saya sehingga saya bebas belajar sehingga silibus Tingkatan 3 dan 4, dan juga silibus Singapura dan Australia.


Master sifu saya seterusnya adalah Mr. Francis. Beliau memang seorang mahaguru. Semasa saya belajar di bawah tunjuk ajarnya, beliau telah berumur 81 tahun. Sebenarnya, sehingga kini, beliau telah mendidik anak bangsa di pelbagai sekolah seperti Pengetua Sekolah La Salle, Brickfield, Sekolah Antarabangsa Seri Chempaka, dan sehingga kini, beliau telah berkhidmat lebih kurang 10 tahun di Stella Maris Private School.


Dari masa ke masa, sepupu saya amat sayangi, iaitu Kak Effa, telah mengajar subjek matematik sehinggalah saya menamatkan silibus matematik moden Tingkatan 5. Setiap cuti, saya akan berguru dengan beliau.

Apabila saya melangkah kaki ke Pusat PERMATApintar Negara, bagi program PPCS, saya diajar oleh Cik Shamim, dan kemudiannya mengajar saya semasa Semester 2 Foundation 2. Saya terus belajar secara perseorangan dengan beliau bagi subjek Matematik Tambahan. Guru Matematik yang paling dedikasi, ramah mesra dan cantik adalah Ms. Su. Beliau memberi saya peluang dan mengusulkan saya untuk memasuki kelas pecutan (acceleration) dalam Matematik.



Walau bagaimanapun, atas kesibukan masa, beliau telah melepaskan pelajar-pelajar Foundation batch kami untuk mengajar pelajar Tahap 2. Kelas kami diambil alih oleh Cik Amirah semasa suku pertama Foundation 3. Malangnya, beliau terpaksa melepaskan kelas kami untuk melanjutkan pelajarannya ke tahap PhD. Akhirnya, pada masa kini, kelas saya diambil alih oleh Cik Elena. Uniknya Cik Elena, beliau adalah bekas pelajar PERMATApintar batch pertama yang baru sahaja pulang menamatkan ijazah dalam Matematik dari Ohio University, Ohio. Beliau baru berumur 21 tahun dan datang daripada keluarga hasil perkahwinan campuran Melayu dan Jepun.

hapa293

Beliau fasih berbahasa Jepun, Inggeris, dan bahasa Malaysia. Beliau akan melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana di England dalam bidang Mathematics Finance. Beliau berjanji untuk memdedahkan saya ke silibus matematik O Level dan A Level, termasuk juga matematik yang berkaitan dengan kewangan, memandangkan cita-cita adalah untuk menjadi chartered accountant.

-TAMAT-

No comments: