Saturday, 9 April 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM Bil. 6/2016 : Ulasan kepada Novel CIK CINDERELA ENCIK TENGKU


Jurnal harian yang dipos ke blog ini terdapat sedikit kelainan, Saya membuat ulasan (review) sebuah naskah novel dalam Bahasa Melayu iaitu CIK CINDERELA ENCIK TENGKU iaitu karya nukilan seorang penulis mengunakan nama pena AIRISZ.

Novel ini merupakan novel dalam Bahasa Melayu yang pertama saya beli dan membacanya. Novel ini dilkasifikasi di bawah genre romance yang semua orang tahu di Malaysia genre ini amat popular kepada pengemar novel Bahasa Melayu. Saya mengikut nasihat En Mior untuk menulis lebih banyak dalam bahasa Melayu dan membaca lebih banyak karya bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasan bahasa Melayu.  Saya mengambil masa lebih kurang 10 jam menghabiskan novel ini.  Jalan ceritanya agak menarik , walau bagaimanapun plotnya agak predictable.


Saya telah membuat sedikit ulasan seperti di bawah dengan berpandukan carian google bagi membolehkan satu ulasan yang lebih tepat ke atas novel tersebut.

"Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS…

Babe (Dia panggil aku babe.)

Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak.)

Okey (Aku nak.)

Kat mana (Dia tanya.)

Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)

Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel? "


Penulis : Airisz
Penerbit : Karyaseni
Harga : RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah/Sarawak)

No comments: