Friday, 1 April 2016

Ditegur’ Oleh Kanak-Kanak England Melalui Sepucuk Surat Pada 1987, Jawapan Balas Tun M Ini Sangat Win!




m
Umum mengetahui mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yang sangat bijak dan tegas di era pemerintahannya. Keperibadiannya itu disanjung tinggi oleh serata dunia.

Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun dari England pernah mengutus surat kepada Tun Dr. Mahathir mengenai penebangan kayu balak di hutan Malaysia, lihat apa yang Tun M balas.

Cara Tun M berfikir nyata berbeza dan sudah dapat mengidu ‘sesuatu’ yang tidak kena.

“Ia sangat memalukan”


Kanak-kanak itu meminta agar Tun M mengekalkan hutan hujan di Malaysia daripada ditebang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun surat tersebut agak ‘mengelirukan’ dan bagai ada agenda tersembunyi
Ini jawapan Tun M



Ia sangat mengaibkan apabila kamu dipergunakan oleh orang dewasa untuk tujuan memalukan kami kerana penebangan kayu balak hutan di sini.

Untuk pengetahuan orang yang mempergunakan kamu, ia bukan soal seorang yang kaya mengaut keuntungan berjuta-juta. Setiap pokok yang ditebang mencipta peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 10 orang lelaki miskin yang menanggung 10 isteri dan 30 anak. Tambahan pula orang kaya tersebut akan membayar 40% cukai. Tanpa orang kaya ini kerajaan bukan sahaja tidak dapat kutip cukai malah sebilangan mereka akan tiada kerja.

Tidak kira orang kaya ini melabur atau menyimpan duitnya, ramai yang akan mendapat manfaat, atau orang lain terus hidup dalam kesusahan tanpa pekerjaan. Cukai yang dikutip kerajaan digunakan untuk menyediakn kemudahan pendidikan, kesihatan dan lain-lain untuk mereka yang memerlukan.
“Adakah mereka perlu terus hidup dalam kemiskinan?”



Industri kayu ini membantu ratusan malah ribuan orang susah di Malaysia. Adakah mereka perlu terus hidup dalam kemiskinan kerana kamu mahu mempelajari tentang binatang? Adakah pengajian kamu lebih penting dari mengisi perut mereka yang hidup dalam kemiskinan?

Apabila British memerintah tanah melayu, mereka membakar berjuta ekar hutan bagi menanam pokok getah. Pada ketika itu kayu balak dibiarkan begitu sahaja kerana tiada yang mahukannya. Berjuta haiwan mati akibat pembakaran tersebut. Malaysia tidak mendapat apa-apa hasil pembakaran tersebut. Malah hasil getah yang dijual dikaut sepenuhnya oleh England. Apa yang moyang kamu lakukan lebih memalukan.

Jika kamu tak mahu kami menebang hutan kami, beritahu ayah kamu untuk maklumkan kepada negara yang kaya agar membayar harga kayu balak kami dengan harga yang tinggi. Jadi kami boleh cipta peluang pekerjaan yang lain kepada rakyat kami.

Jika kamu berminat dengan haiwan di sini, kami mempunyai banyak hutan simpan yang membenarkan sesiapa sahaja menerokainya. Kami tidak menebang semua pokok, hanya yang benar-benar sudah tua sahaja. Kami juga menanam semula pokok.
“Mereka sepatutnya jangan sombong”



Kami harap kamu beritahu orang yang mempergunakan kamu untuk belajar fakta-fakta ini. Mereka sepatutnya tidak sombong seolah mengetahui segala-galanya dalam mentadbir negara. Mereka sepatutnya mengusir rakyat yang tinggal di British countyside dan biarkan hutan tersebut. Penuhkan hutan tersebut dengan beruang, serigala dan lain-lain jadi kamu boleh belajar tentang haiwan di situ.

Saya yakin kanak-kanak memang perlu belajar tentang semua haiwan dan menyayanginya tetapi orang dewasa seharusnya ajar kanak-kanak agar tidak kurang ajar kepada mereka yang lebih tua.

Sumber : Insanul Kamil, Logging Against Natives of Sarawak

No comments: