Thursday, 17 March 2016

How I end up doing ACCA by Naim Ramli

How I end up doing ACCA

menarasaas
Fakulti Professional Perakaunan terletak di tingkat 14 Menara UiTM Shah Alam
Memandangkan result spm baru keluar dan ada adik adik yang tertanya tanya mengenai kursus apa yang sesuai dengan diri masing masin, di sini saya kongsikan sedikit cerita kenapa saya buat ACCA dan apa itu ACCA

History

I went to MRSM for my secondary school, MRSM Kuala Klawang (2006-2008), MRSM Muar (2009-2010).
As the name goes Maktab Rendah SAINS Mara, you can guess that is not a school with a focus in accounting or economics. So how exactly do i end up doing ACCA?
Saya memang suka bermain dengan nombor sejak kecil, kalau mencongak memang saya cepat, tapi simple simple calculation saje la, macam kalau pergi supermarket nak kira harga lepas diskaun, semua tu kira dalam kepala  je.
Tapi kalau menyelesaikan masalah matematik yang rumit macam buat integration, differentiation, subjek kalkulus semua tu memang saya out. Kalau anda tengok result saya waktu menengah atas, mungkin anda akan gelak guling guling, sebab teruk sangat, hahahaha.
waktu menengah rendah dalam subjek kemahiran hidup, saya belajar elektif perdagangan, ada la sedikit ilmu perakaunan di situ. Entah macam mana, memang elektif perdagangan ni agak mudah untuk saya faham, jadi waktu tingkatan 4 saya ambil keputusan untuk ambil subjek perakaunan sebagai subjek tambahan.
Program CAT
Tahun 2009, ketika saya berada di tingkatan 4, pihak MRSM buat lawatan ke Accountancy Career and Education Fair (ACEF) di Mid Valley. Memandangkan hidup di Asrama ni bapak bosan, dan saya juga ambil subjek perakaunan, jadi saya join la lawatan tersebut.
Saya ingat berjumpa dengan Prof Dr. Zuraidah Sanusi di booth UITM dan dia bagi penerangan berserta denga satu pamplet mengenai ACCA qualification.
Ada dua perkara yang betul betul menarik perhatian saya mengenai ACCA ni;
1. walaupun saya tak tahu exactly ACCA tu apa, tapi saya diberitahu failure rate  ACCA sangat tinggi dalam ACCA ni, tak ramai orang yang lulus.
Jadi saya fikir kalau tak ramai orang ada ACCA, kalau saya boleh lulus mesti senang dapat kerja, boleh dapat gaji besar, rumah besar,kereta  besar,  bini besar (EH?) dsb.
Dan pastinya ego saya cakap, “kau kan pandai naim, kalau orang lain tak boleh buat, kau mesti boleh buat)
2. Dalam pamplet yang diberi tu saya tengok kalau nak buat ACCA ni kene buat diploma, pastu degree, pastu baru boleh buat ACCA.
Tapi ada satu program pelik, nama dia CAT, bunyi macam kucing tapi hebat sebab kalau buat CAT ni tak payah buat diploma, degree, boleh terus buat ACCA.
maka hati saya pun cakap la, mesti hebat kalau boleh buat menatang CAT ni, i don’t know what it is, but it sounds hard and awesome, so this is what i’m gonna do.
Maka lepas result SPM keluar, saya tanya cikgu akaun saya macam mana nk apply CAT, dia suruh saya contact UITM.
Jadi saya google contact no Fakulti perakaunan UiTM, telefon dan minta maklumat bagaimana nk buat CAT.
Senang je nak mohon CAT ni, beli no pin program professional kat BSN pastu bukak portal UiTM dan daftar secara online. Kemudian isi borang dan hantar ke fakulti perakaunan berserta dengan a few document.
Beberapa bulan kemudian saya dapat email untuk pergi interview di UiTM Shah Alam.
Punye la kelam kabuyt waktu tu, siap pakai slack hitam, kemeja putih, tie siap dengan blazer lagi waktu pergi interview.
Padahal interview dia simple je, cuma sedikit soalan mengenai latar belakang dan kefahaman saya tentang apa itu ACCA. Alhamduilllah, pada June 2011 saya mendaftar masuk sebagai pelajar CAT di UiTM Shah Alam.

CAT

CAT ni sebenarnye tak adalah rumit sangat, dia cuma ada 9 paper.
waktu 2010 paper dia dipanggil T1-T10, sekarang ni dikenali sebagai

INTRODUCTORY CERTIFICATE IN FINANCIAL AND MANAGEMENT ACCOUNTING

INTERMEDIATE CERTIFICATE IN FINANCIAL AND MANAGEMENT ACCOUNTING

DIPLOMA IN ACCOUNTING AND BUSINESS

CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN (CAT)


dalam kategori paper CAT tu cuma pilih 2 daripada 3
sama ada buat
1. FAU dan FFM
2. FFM dan FTX
atau
3. FAU dan FTX
Sekiranya anda ada ambil subjek perakaunan waktu SPM, anda layak untuk dapat exemption bagi paper FA1 recording financial transaction.
Zaman saya CAT ni cuma ambil masa 2 semester, jadi jadual agak padat. Tapi very doable, kalau nk dibandingkan dengan ACCA ni, bak kata lecturer Tax saya, Dr. Lai Ming Ling “Kacang Putih sajaaa”



2723412

ACCA


Alhamduillah pada June 2012 saya berjaya menamatkan kursus CAT saya dan pada Julai 2012 saya memulakan Kursus ACCA.
ACCA ni jangan tanya saya kursus dia berapa sem, nanti saya lari nyorok bawah meja, malu saya nak jawab.
Tapi saya breakdown dia punye paper macam mana
Basically ACCA ada dua bahagian
1. Fundamental Paper
2. Professional Paper

Fundamental paper


Fundamental paper ada 9
F1: Accountant in Business Exemption
F2: Management Accounting Exemption
F3 :Financial Accounting Exemption
F4 :MYS Corporate and Business Law
F5 :Performance Management Pass
F6 :MYS Taxation Pass
F7 :INT Financial Reporting Pass
F8 :Audit and Assurance Pass
F9 :Financial Management
Kalau anda masuk ACCA melalui CAT anda akan dapat exemption sehingga paper F3
bermaskud anda cuma perlu buat paper F4-F9 (6 paper)
Kalau anda masuk daripada degree, biasanya akan dapat exemption sehingga paper F9
makanya anda cuma perlu buat paper professional sahaja
Professional paperP level pula ada 5 paper
3 paper wajib ambil
P1 Governance, Risk and Ethics
P2 Corporate Reporting
P3 Business Analysis

kemudian boleh pilih 2 daripada 4 optional paper ini:
P4: Advanced Financial Management
P5: Advanced Performance Management
P6: Advanced Taxation
P7: Advanced Audit and Assurance


My experience

Kalau anda membuat keputusan untuk buat ACCA, fundamental level agak mencabar tapi bila anda mula buat P paper, dia akan jadi sangat mencabar.
One thing about ACCA ni, dia professional qualification, jadi sekiranya anda mampu tamatkan kusus ini, agak mudah untuk anda dapatkan kerja.
Tapi agak mencabar, gagal tu memang perkara biasa la, dan anda akan mula naik bosan bila orang tanya soalan macam, ehhh ko belajar course apa ek?, kenapa kau tak abis belajar lagi?, kenapa kau ambil 2 paper je satu semeseter? dan macam macam lagi soalan
Yang pasti ACCA ni macam Marathon, kalau anda fit anda boleh berlari dan sampai ke garisan penamat dengan masa yang pantas,
tapi kalau anda bukan fast runner, jangan cuba berlari, sekali dah jatuhhhhh, kaki dh luka, mula la berjalan terhencot hencot, akhirnya habis lagi lambat dari sepatutnya.
Cuma anda perlu ingat, kalau nak fit dan nak berlari dengan laju, sangat penting untuk anda ada self-discipline yang sangatttt tinggi untuk berlatih setiap hari (belajar dengan konsisten setiap hari)
This is all i wanna share today, kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, nanti saya tulis dengan lebih detail topik yang anda ingin tahu.

Thanks for reading
-NR-


1 comment:

Unknown said...

i love yr writeups. walaupun aunty ada anak baru f1 tapi i am already encouraging him to takeup dip acc to acca or cat to acca. ada blessing in disguise my son x masuk mrsm/sbp F1 baru ni wlpn dia agak sedih .

i told him , if youre not gonna do IT/ meds/eng/architecture .....tak pe tk dapat masuk sbp/mrsm.

i told him u are ahead of yr frens at sbp/mrsm cz u already set a route pathway to becoming a CA.
keep writing , will make my son read yr blog soon

*aunty nurima