Thursday 11 February 2016

10 GAYA BAHASA DALAM TEKS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016


1.       GAYA BAHASA KLIMAKS
“Kita bersyukur kerana kemiskinan tegar telah hampir disifarkan. Selain itu, sejumlah 1.8 juta peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, serta memperkenalkan inisiatif dan program rakyat 1 Malaysia seperti BR1M, B.aucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, juga program perumahan mampu milik.”

2.       GAYA BAHASA ANTIKLIMAKS
“Ketika itu, janganlah kita lupa bahawa antara kesan besar kegawatan ekonomi yang berlaku tersebut, telah menatijahkan pemberhentian pekerja secara mendadak, inflasi yang meningkat, rizab antarabangsa pula menyusut kepada 59 billion ringgit, hatta indeks pasaran saham KLSE jatuh menjunam sehingga mencecah paras 260.”

3.       GAYA BAHASA ANTITESIS
“Kita semua mempunyai peranan masing-masing, tidak kira samaada pihak swasta, Kerajaan, NGO, Belia atau Wanita. Tidak kira CEO, Pengarah, Pegawai Pelaksana, buruh ataupun seorang peniaga kedai.”

4.       GAYA BAHASA PARALELISME
“Bahawa, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal, seperti yang didakwa dan dituduh-tuduhkan, jauh sekali menjadi bankrap. Nauzubillah.”

5.       PARADOKS
“Disebut orang sejak dahulukala, sekali air bah, sekali pantai berubah.”

6.       METAFORA
“Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup, langit pula tidak selalunya cerah.”

7.       GAYA BAHASA PERULANGAN - EPIZEUKSIS
“Meminjam kata-kata orang tasawuf, dalam hidup dan kehidupan dan dalam negara serta berkerajaan, setiap orang perlu memainkan peranan, saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan.”

8.       GAYA BAHASA BERDASARKAN NADA – GAYA MULIA DAN BERTENAGA
“Saya mulakan dengan memetik tafsir oleh para ulamak merujuk firman Allahu-Taala dalam surah Al-Insyirah bahawa, pada setiap kesulitan dan dugaan yang kita hadapi, pasti beriring dengannya kesenangan atau kebahagiaan yang berhikmah.”

9.       GAYA BAHASA – KESANTUNAN
“Ternyata sebahagian besar daripada mereka, hadir bersama kita pada tengahari ini. Terima kasih saya ucapkan di atas semua input dan dokongan anda,…terima kasih,… terima kasih.”

10.   GAYA BAHASA BERDASARKAN STRUKTUR KALIMAT
“Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad Sollal-Lah-hu-a’laihi-wa-sallam.”

No comments: