Thursday 21 January 2016

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERMATAPINTAR- NAZARBAYEV INTELLECTUAL SCHOOL DI KAZAKHSTAN.

Pusat PERMATApintar Negara added 30 new photos to the album: PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERMATAPINTAR- NAZARBAYEV INTELLECTUAL.
12 hrs ·
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERMATAPINTAR- NAZARBAYEV INTELLECTUAL SCHOOL DI KAZAKHSTAN.
Pusat PERMATApintar Negara telah menghantar 4 orang pelajar dan diiring oleh Pengarah pusat Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, seorang guru dan seorang pegawai ke NAZARBAYEV INTELLECTUAL SCHOOL DI Astana, Kazakhstan untuk Program pertukaran pelajar.

Program ini adalah kunjungan balas dimana pada Oktober 2015 yang lepas, Pihak NIS telah menghantar 4 orang pelajar dan diiring seorang guru ke Pusat PERMATApintar Negara. Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari kedua dua negara untuk merasai pembelajaran dan budaya antara dua negara iaitu Malaysia dan Kazakhstan. Objektif lain program ini adalah membuat penanda aras bagi mata pelajaran sains dan matematik. Selain daripada itu, tujuan lain adalah mempromosikan program yang ditawarkan oleh Pusat PERMATApintar Negara seperti program perkhemahan cuti sekolah (summer camp), Program Genome to Space dan program lain kepada pihak pengurusan NAZARBAYEV INTELLECTUAL SCHOOL. Antara tentatif program adalah lawatan ke 5 buah sekolah NAZARBAYEV INTELLECTUAL SCHOOL di Astana dan Almaty Kazakhstan.

No comments: