Monday, 12 October 2015

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

  BERSYUKUR NIKMAT ALLAH SWT (Copy & paste from FB)

 Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.

Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar”. Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar”

Isteri: “Saya tau”

Suami: “Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?”

Isteri: ” Tentulah yang manis”

Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yang manis”

Suami terus lagi bertanya: ”Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti yang manis”

Si suami diam sejenak..

Kemudian dia menyambung.”Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?”

Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.”

Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?” soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya.

Lalu dia berkata: “Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!”

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa?

Bukankah semua orang inginkan buah yang manis.

Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,

Jadi awak marahkan siapa?

Marahkan saya yang membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam?

Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”

Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap.

Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah.

Jika kita mengecamnya, ramai orang di sekeliling akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati.

Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

————————————–
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.
—————————————-

Sedikit saya ingin berkongsi beberapa ayat petikan dalam al-quran semoga dapat memberi panduan kepada kita semua insyaAllah. Allah swt berfirman.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak

dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(An-Nahl: 18)

Cuba bayangkan berapa banyak nikmat Allah yang Allah bagi kepada kita. tak terhitung nilainya kan. Saya bagi contoh nikmat yang paling dekat dengan kita ialah nikmat sihat. Cuba kalau Allah bagi kita sakit gigi.. macam mana rasa? SubhanAllah tak tahan rasanya.. Allah uji dengan satu nikmat jangan cepat mengeluh ye, fikirkan nikmat lain yang Allah bagi tidak terhitung banyaknya.

Allah swt berfirman lagi..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim:7)


Allah kata, siapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Dan kalau kita ingkar dengan nikmat yang Allah bagi akan pasti menanggung azab Allah yang sangat berat. Contoh disini ialah kisah tembikai tadi, Isteri lelaki soleh tidak bersyukur dengan buah tembikai yang dibeli oleh suaminya kerana tawar, tetapi isterinya tidak sedar dia sedang mengingkari nikmat yang Allah berikan.

Allah swt berfirman lagi…

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Semoga Allah beri kita faham…

No comments: