Tuesday 20 October 2015

Gunakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan terkena habuk terampai yang dibawa menerusi jerebu berwarna kuning.



Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

bhnews@bh.com.my 

MELAKA: Kementerian Kesihatan mahu rakyat mengambil langkah segera menggunakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan terkena habuk terampai yang dibawa menerusi jerebu berwarna kuning.

Menteri, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jerebu itu dipercayai mengandungi pelbagai jenis partikel yang boleh menjejaskan kesihatan, sekali gus memberi kesan teruk kepada orang awam, khususnya warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

"Nasihat saya, elak keluar rumah atau pejabat. Kurangkan pendedahan udara kotor dan jika terpaksa, pakailah topeng hidung dan mulut.


"Mereka yang ada tanda sesak nafas, penyakit jantung dan asma diminta segera ke klinik atau hospital berhampiran secepat mungkin," katanya sebelum merasmikan Konvensyen Khas Badan Perhubungan MIC negeri, di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I, P Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC.

Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata, klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan terbaik kepada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan itu.



PEMANDANGAN Masjid Bandar Diraja Klang kelihatan kurang jelas ekoran jerebu tebal melanda. - Foto Faiz Anuar

No comments: