Apa Itu Stress?
·
Stress atau tekanan
perasaan
telah mendefinisikannya sebagai “suatu
reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan
yang menimpanya.”
· Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya.
·
‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk
ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang
memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.
PUNCA STRES
# Terlalu inginkan kemenangan
# Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan
# Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik
# Suka mendesak
# Risau keterlaluan
# Tidak mahu menerima teguran
# Berprasangka buruk dan berdendam.
# Cemburu dengan kejayaan orang lain
# Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan
# Masalah kewangan
# dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.
Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?
·
Badan kita akan
mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran
darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan
menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan
untuk melindungi kita.
·
Di antara
perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah
akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung);
gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan
tenaga kepada badan).
·
pernafasan seseorang
akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan
begitulah seterusnya.
·
jika stress atau tekanan
berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya,
ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit
tertentu menimpa kita.
eustress
·
Tekanan perasaan yang baik dan positif
·
Tekanan yang positif amat kita perlukan di
dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif
dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.
Distress
·
Tekanan perasaan yang buruk lagi negatif.
# Perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, murung, gelisah, kelesuan, ketakutan, mudah mengamuk
# Sentiasa rasa bersalah
# Suka termenung
# Prestasi merosot
# Kekeringan idea
# Hilang tumpuan
# Sukar tidur
# Hilang selera makan.
Apakah Tanda-Tanda /
Gejala Umum Stress ?
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia
boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
·
Fizikal : Keletihan, pening kepala,
susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang,
degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan
berpeluh.
·
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah
untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh
berjenaka.
·
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul,
marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas
baran.
·
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat
seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan,
merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan
menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Masalah Kesihatan Dan
Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress
·
Sakit jantung dan angin
ahmar (stroke).
Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah
dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol
yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan
darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan
perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin
ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)
·
Insomnia atau susah tidur.
Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh
menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja,
jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62
juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing
Stress)
·
Kencing manis.
Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar
gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau
menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins;
Northern County Psychiatric Associates; 1998)
·
Gastrik dan ulser.
Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan
ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh
peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika
ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E.,
1984; Breakdown in human adaptation to stress)
·
Infeksi atau jangkitan
kuman.
Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan
‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah.
Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus
akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit.
(Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah
menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan
seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus
selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak
aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R.,
Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life
stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic
Medicine)
·
Asthma.
Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah
diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang
menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di
dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982;
Stress and Human Health)
·
Darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit
usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan
kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology:
Stress & Disease, Chapter 9)
No comments:
Post a Comment