Wednesday, 1 October 2014

KEGIATAN PENORAKAAN DAN PENJELAJAHAN EROPAH PADA ZAMAN RENAISANCE



KEGIATAN PENORAKAAN DAN PENJELAJAHAN EROPAH PADA ZAMAN RENAISANCE
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
Zaman Renaisance bermaksud kelahiran semula dalam tamadun Yunani dan Rom. Pada zaman ini penerokaan dan penjelajahan amat rancak dijalankan. Penerokaan adalah bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.  Manakala penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.  Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah telah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.  Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah atas faktor desakan ekonomi untuk mengaut ;ebih kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).

Gerakan Renaissance telah merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.  Akibat gerakan anti gereja yang mengawali semua aspek kehidupan maka timbullah fahaman sekularisma yang menafikan peranan gereja.  Institusi gereja didapati telah mengongkong pemikiran masyarakt  Eropah.  Peranan gereja telah hilang pengaruhnya dan muncul satu zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi.

Faktor seterusnya adalah perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme yang mana telah menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa seperti Ratu Isabella dan Ferdinand Aragon pemerintah Sepanyol dan Pemerintah Portugal, Putera Henry telah membuat galakan kepada penerokaan dan penjelajahan ke wilayah-wilayah luar dari benua Eropah.  Pemerintah-pemerintah ini telah mempelopori perkembangan kapitalisme dengan bertujuan untuk mengaut lebih kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.  Perkembangan ini telah menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

Seterusanya masyarakat Eropah telah dapat menyebarkan agama Kristian dengan aktiviti penorokaan dan penjelajahan.  Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah.  Para mubaligh Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah.  Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda  Kristian yang dipercayai telah mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan lagi keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.

Sebelum Zaman Renaisance muncul, saudagar-saudagar Islam  telah mula aktif melakukan perdagangan seperti di laluan sutera dan di laluan selatan ke Asia Tenggara juga laluan Barat ke benua Afrika.  Masyarakat Eropah telah sedar tentang hal ini, maka mereka telah mencuba untuk memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas.  Mereka mendapati  perdagangan rempah telah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mana telah mengaut keuntungan yang amat besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.  Keadaan ini telah mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu memecahkan monopoli perdagangan saudagar-saudagar Islam tersebut.
Selain daripada itu, peperangan Salib telah memberi peluang kepada orang Eropah untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang-bidang bari seperti bidang astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini telah melahirkan bangsa Eropah yang lebih berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.  Tambahan pula, Perang Salib juga telah membuka Eropah kepada dunia Timur yang mana mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar-saudagar Arab.

Seterusnya perlumbaan di antara negara-negara bangsa seperti Portugis, Sepanyol, England dan Perancis.  Negara-negara ini merupakan negara bangsa yang telah bersaing di antara satu sama lain bagi bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.  Zaman ini tiada lagi system eksport dan import yanh hanya ada penerokaan dan penjelajahan ke wilayah-wilayah baru. Negara-negara bangsa Eropah ini telah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Portugis telah menjajah Goa di India, Melaka dan Brazil manakala Perancis ke Negara-negara Barat Afrika, Sepanyol telah menjajah Filipina dan Argentina dan benua Latin Amerika serta British ke Afrika Selatan, India serta Tanah Melayu.
Zaman Reniansance juga telah menyumbang kepada kemajuan ilmu pelayaran dan geografi.  Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran ini telah mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah telah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediteranean pada abad ke15. Ciptaan alat  seperti kompas magnetik dan asrtolab telah memudahkan pelayaran.

Akhir sekali pengetahuan tentang masyarakat Eropah tentang dunia luar hasil dari catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte Corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina telah mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan.  Maklumat yang terkandung dalam buku-buku tersebut yang telah dihasilkan oleh pengembara tentang India dan Cina amat menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

Kesimpulannya terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.  Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.

*******************************************************************************************************
Bahan Rujukan :-

1.    Analisis Bertopik, SEJARAH, Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar, SPA , Inspirasi Ilmu.

2.    http://saku30.tripod.com. Bab 9Sej.4.

3.    Weblog Cikgu Jumali - http://fastnote.wordpress.com/penerokaan-dan-penjelajahan-barat.

No comments: