Sunday 15 June 2014

KASIH IBU - SAYAINGI IBU KITA

Terharu dengan cerita yg disampaikan oleh ustaz dalam program Al-Kuliyah TV3 petang ini. Kasih Ibu...cerita dari seorang pemilik dusun yang telah menembak seekor monyet yg sedang makan bunga durian di dusunnya. Apabila terkena tembakan yg tepat maka bercucuran darah keluar dan monyet tersebut meraung kesakitan terkena peluru kebadannya. Pemilik dusun tersebut baru menyedari yg mana monyet ditembak tersebut adalah seekor ibu monyet yang masih ada baby berpaut di belakang ibunya. Sedang ibu monyet menjerit kesakitan yg melampau, baby monyet juga turut menjerit ketakutan. Pemilik dusun melihat sendiri keadaan ibu monyet yg berjujuran darah keluar dari badan, telinga, mulut dan matanya tetapi apabila melihat babynya menjerit dalam ketakutan ibu monyet terus memaut dan memeluk anaknya lalu terus menyusukan anaknya sehingga anaknya diam dan ditenangkan walaupun ketika itu, ibu monyet dalam kesakitan dan dipenghujung nyawa.Apabila nyawanya sampai kehujung, ibu monyet telah meletakan babynya ke dahan yg lebih selamat dan memaut sebatang dahan sehinggalah terjatuh ke bawah. Pemilik dusun menghampiri kepada ibu monyet dan melihat sendiri sebelum nafas terakhir ibu monyet menoleh keanaknya sambil melambaikan tangan dengan lelehan air mata. Pemilik dusun tersedar bagaimana Allah SWT telah melihatkan kepadanya kasih seekor binatang iaitu kasih ibu kepada anaknya. SAYANGI LA IBU ANDA...MELIHAT WAJAH IBU ADALAH IBADAH.

No comments: