Sunday, 27 April 2014


TAJUK NOVEL:
TIGA DESTINASI; SATU CINTA


SINOPSIS:
Novel ini menceritakan tentang seorang budak lelaki yang telah lama menetap di London mengikut keluarganya pulang ke Malaysia.Beliau terpaksa meninggalkan kawan akrabnya di London dan terpaksa mencari kawan yang baru di Kuala Lumpur. Tidak sampai setahun menetap di Kuala Lumpur, ayahnya diarah pindah untuk berkhidmat ke ibu pejabat syarikat di New York. Novel ini juga menceritakan kisah seorang budak lelaki yang mengalami peralihan menjadi seorang remaja yang terpaksa berdepan dengan perubahan diri dan cinta monyet. Zek seorang budak lelaki yang pintar yang leka dengan permainan-permainan maya yang terkini dan pada masa yang sama terpaksa menyesuaikan diri setiap kali ayahnya berpindah. Zek telah jatuh cinta seperti kanak-kanak remaja yang lain.



BAB 1:
“Selamat pagi, Zek!” Shern menyapa dengan ceria. Zek sedang leka membelek-belek komik Dragonball yang baru dibelinya pada petang semalam. Zek teringat semasa sedang memilih komik-komik yang hendak dibeli, tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang gadis. Habis tumpah air yang dipegang olehnya. Oh, malu rasanya! Zek cuba menyapa gadis tersebut tetapi gadis tersebut terus berlalu dengan senyuman yang melirik. Oh, sungguh ayu gadis ini! Siapa gerangannya?  Zek tertanya-tanya, apabila dia memandang kembali, gadis itu berlalu, menusup masuk celah-celah orang ramai dan tiada lagi dalam penglihatan.

Eh, inikah gadis yang aku terlanggar semalam?  Macam mana dia mengenali namaku? Inilah hari pertama Zek mendaftarkan diri ke Sekolah Seri Chempaka, KL.  Zek dan keluarganya baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur. Sebelumnya, Zek menetap di kota London.  Selama sepuluh tahun, dia dibesarkan di kota metropolitan London.  Zek terkenang waktu-waktu indah semasa bersekolah di Fairview London School.  Hatinya remuk dan kecewa kerana terpaksa meninggalkan kawan akrabnya iaitu John dan Ellie kerana terpaksa mengikut keluarga pulang ke Malaysia.

“Saya Shern, awak budak baru di sekolah ini kan?” Zek tergamam dengan sapaan Shern. “Bagaimana awak tahu nama saya?”  Zek tertanya-tanya.  “Tu, tanda nama dekat kocek baju,” “Oh, minta maaf,” Muka Zek mula merah dan tersipu-sipu.  Dalam hatinya, malunya aku. Kenapalah aku jumpa gadis yang sama ni? Zek terketar-ketar menghulurkan tangan. “Minta maaf pasal semalam. Saya tak perasan awak. Tak sempat saya meminta maaf semasa di kedai buku Popular.  Awak cepat sangat berlalu. “Eh, buku ini ke yang awak beli semalam?” Tanya Shern. “Ya, ini koleksi komik saya. Kalau awak berminat, boleh saya pinjamkan. Itu pun kalau ada budak perempuan yang suka membaca Dragonball.” Ring...ring. Loceng sekolah berbunyi, menandakan tamatnya waktu rehat “Bye,” Shern berkata kepada Zek. “Saya ada kelas Matematik. Cikgu Francis garang sangat.Saya takut kena marah. Jumpa lepas sekolah.”


BAB 2:
“Zek, Zek, Mama panggil ni, jom makan. Mama masak istimewa untuk Zek; spaghetti olio. Udang besar-besar.”  Zek masih mengelamun memikirkan Shern semasa di sekolah. Eh, aku ni sedang jatuh cinta ke, Zek berkata-kata dalam hatinya. Inikah dikatakan cinta pandangan pertama dari mata terus ke hati? “Zek, Mama panggil ni.” “Ya Mama, Zek dengar.  Zek tengah buat kerja rumah, Mama.  Banyak betul cikgu beri kerja rumah hari ini.”  Zek terpaksa memberi alasan.  Sebenarnya, dia tidak mendengar langsung panggilan Mama sebentar tadi, kerana asyik mengelamun tentang gadis yang terpikat dihatinya.  Zek terus bergegas turun ke bawah.

“Macam mana dengan sekolah hari ini?” Mama bertanya kepada Zek. “Okay saja, tapi Bahasa Malaysia susahlah, Mama”. Hari ni, kawan-kawan kelas yang ketawakan saya, Mama. Mereka kata saya cakap Melayu macam orang Mat Salleh belajar Bahasa Melayu.” “Ala, biasalah. Mama mencelah. Hari pertama, kan? Lama-lama pandailah” Mama menasihatkan sambil mencedokkan Spaghetti Olio ke dalam pinggan anak kesayangannya. “Bosan lah, Mama; mana adik, tak nampak pun dari tadi.”  Tanya Zek sambil bermanja-manja dengan Mamanya. “Banyak sangat kerja rumah cikgu beri hari ni. Dekat UK, homework pada weekends je.” “Ala, lama-lama okey la tu.” Mama memberi penjelasan sambil memujuk Zek.  “Ya, Mama. Zek akan cuba. Makanan di kantin pedaslah, Mama.Zek tak boleh makan. Esok Mama bekalkan Zek sandwich dengan epal.” “Okay.” Zek makan spaghetti olio dengan berselera sekali.

Selepas makan, Zek bergegas mengambil computer ribanya.Dia berjanji dengan John di London untuk Skype.“Hi John. How’s life there?” “Pretty boring, especially without you.” “I have no friends to hang out with and to play Minecraft with.” “Okay, it’s pretty here to be exact. It’s summer the whole year. I’ll try to adjust to it. I have a ton of homework to do. Ok, bye. Miss you and send my regards to Ellie. Hope we can meet again.”

Zek teringat untuk mencari facebook akaun Shern.“Ah, jumpa rupanya. Oh, anak pilot rupanya. Duduk kat Bukit Antarabangsa.  Hmmm, anak tunggal.  Hobinya melukis. Oh, lukisannya cantik-cantik. Aku add je lah. Harap-harap dia accept. Apa strategi aku esok ni. Oh, dia suka sandwich. Oh, dia suka Anime Komik Jepun. Rumah ni banyak CD Anime. Aku cuba pinjamkanlah CD ni kat dia. Ada juga modal nak bercakap. Pandai-pandai, bergeliga juga otak aku ni. Macam lelaki playboy pulak.”  Zek tersenyum sendirian apabila terkenang strategi memikat Shern.



BAB 3:
“Kenapa bawa sandwich lebih, Zek?” “Saja, Mama. Zek kan budak baru. Kenalah tunjuklah prihatin dan pemurah, lagi pun Zek nak cari kawan baru.” “Okay, Cepatlah Papa sedang menunggu dalam kereta, nanti lambat sampai ke sekolah, tahu-tahulah duduk di Ampang, 5 minit lewat membawa perubahan yang besar.”Zek memang terkenal dengan kepandaian dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.  Semasa di London dia selalu menang banyak pertandingan di peringkat daerah. Mr Francis mula mengenali Zek dan terpegun dengan kepandaian budak Melayu Inggeris celup ni.

Kebijaksanaan Zek dalam Matematik mula tersebar ke semua kelas Darjah 5 di Sri Cempaka malah sampai ke telinga Shern juga.  Shern, ada hotstuff news la...Suzi, kawan baik Shern mencelah semasa di kantin.  Ada budak London la kat kelas sebelah, kau tak tahu ke?” “Apa-apa, aku tak tahu la.” jawab Shern dengan pantas yang cuba melindungi rasa getaran hati untuk lebih ingin mengenali lebih lanjut dengan Zek.“Hi Shern! Boleh saya duduk di meja ni tak?”  Zek yang telah berdiri lama di belakang Suzi dan Shern, malah telah mendengar perbualan antara Suzi dan Shern tentang dirinya.“Saya ada sandwich lebih ambil la. Sandwich ni hotstuff tahu masa saya di London.  Ramai kawan saya di sekolah lama suka dengan sandwich air tangan mama saya.”  Suzi dan Shern tergamam dengan ayat hotstuff. “ Awak curi dengar kita berbual eh.. tanya Suzi dengan selamba.  Suzi terkenal sebagai budak permpuan yang paling kepoh di sekolah.“ Mana ada”, Zek dengan pantas menjawab. Sambil makan, Suzi dan Shern sebuk mendengar cerita-cerita kota London dari Zek dan tentang kelab bolasepak Chelsea yang mana stadium kelab tersebut tidak jauh dengan apartmen di mana Zek tinggal semasa di London.  “Papa Shern adalah Chelsea fan..tahu tak..kalau Shern beritahu yang Zek pernah ke Stadium Chelsea dan banyak mengumpul momento Chelsea tentu papa suka”, Shern membuat penjelasan dengan gembira.

Masa berlalu dengan pantas, diam tak diam telah sembilan bulan Zek menentap di Kuala Lumpur.Dia dah mula menyukai dengan sekolah baru dan persekitaran baru yang amat menyenangkan hatinya.  Setidak-tidaknya di Kuala Lumpur ni sentiasa mengalami musim panas sepanjang tahun. Tak payah pakai baju tebal-tebal dan sukar ke sekolah apabila sampai musim sejuk.  Di Kuala Lumpur ni, paling teruk hanya semasa musim hujan je. Jalan sesak, banjir kilat dan pemadu yang kurang berdisiplin di jalan raya.



BAB 4:

Peperiksaan akhir tahun hampir menjelang tiba.Semua rakan Zek sibuk mentelaah pelajaran.  Zek sungguh bosan duduk di rumah.  Zek berada dalam bilik sambil bersembang sosial dengan Shern. “Sedang buat apa?” “Sedang belajar.” Zek terpaksa menipu.  Bohong sunat namanya.  Zek tersenyum sendiri.  Bukannya Shern nampak pun. Sebenarnya, Zek sedang bermain Angry Birds Epic, permainan yang baru dimuat turun dari App Store. “Macam mana pelajaran?” Shern bertanya. “Okay,” jawab Zek. Zek asyik bersembang maya dengan Shern.Tiba-tiba, adik Zek masuk ke dalam bilik dan menjerit. “Mama, abang Zek tak baca buku, Mama.”  Zek terus menutup komputernya. “Hey, Riz, abang tengah tengok YouTube subjek Sains lah.”Zek memberi penjelasan.“Mama, abang Zek tipu.”

Ibu dan ayah Zek bergegas naik ke atas. Papa bertanya, “Apa yang kecoh ni?” “Abang Zek, Papa. Dia berpura-pura belajar,” kata Riz.Papa terus mendekati Zek.“Zek, kita mestilah menumpukan perhatian kepada belajar.  Peperiksaan hanya tinggal dua minggu lagi. Jangan bazir masa dengan membuat kerja sia-sia.Nanti, siapa yang rugi?  Zek juga yang rugi.  Sebagai denda, Papa tidak benarkan Zek menggunakan komputer dan iPad sehingga habis peperiksaan. Jika Zek tidak mendapat nombor satu, Papa akan hantar Zek untuk membuat kerja-kerja kebajikan, ke rumah anak yatim Buduriya di Cheras. Di sana, Zek boleh melihat dan belajar bagaimana anak tanpa ayah dan ibu membesar dengan serba kekurangan. Setidak-tidaknya, Zek akan menghargai kehidupan Zek dan mensyukuri pemberian Allah S.W.T.”.

Zek amat marah dengan Riz hari ini. Gara-gara Rizlah ni, aku tidak boleh menggunakan komputer. Eh, bosannya, Zek bercakap bersendirian. Shern mestilah tertunggu-tunggu, kenapa Zek tidak online selama tiga hari.  Zek merasa insaf dan menghabiskan hujung minggu dengan menelaah pelajaran.  Di hujung peperiksaan, Zek telah diumumkan sebagai pelajar terbaik dan mendapat tempat pertama serta pelajar terbaik bagi semua subjek.

Dua bulan lagi, sekolah akan bercuti. Sukan sekolah akan diadakan pada bulan Oktober. Semua murid sibuk membuat latihan.Zek memasuki acara 400 meter dan lompat jauh.  Semasa hari latihan, tiba-tiba keadaan menjadi gempar.  Seorang pelajar perempuan pengsan semasa  berlatih dalam acara 100 meter.  Ambulans telah datang ke sekolah untuk membawa pelajar tersebut ke hospital.  “Zek, Zek,” Kuariff datang dengan tergesa-gesa, “Shern pengsan.  Dia sedang dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri.”  “Ya ke?” “Betul.”




BAB 5:

Sebaik sahaja loceng akhir berbunyi, Zek, Kuariff dan semua murid 5K bercadang melawat Shern di wad. Sebaik sahaja sampai, jururawat bertugas hanya membenarkan seorang sahaja dalam satu masa untuk masuk ke wad ICU.  Apabila giliran Zek tiba, tanpa berlengah terus dia ke bilik ICU menempatkan Shern. “Ya Allah, kenapa jadi begini?” Shern masih tidak sedarkan diri.  Banyak wayar disambungkan ke badannya.  Zek memegang tangan Shern. Shern membuka matanya hanya dua saat dan mengangguk-angguk kepalanya seolah-olah mendengar akan kata-kata perangsang yang dikatakan oleh Zek.

Sudah sebulan Shern sudah berada di wad. Shern disahkan menghidap kanser darah atau dinamakan leukemia tahap dua. Doktor mengesahkan Shern boleh pulih seperti sedia kala tetapi mengambil masa yang lama. Berita yang megejutkan Zek berlaku. “Zek, Mama nak beritahu, Papa telah mendapat arahan berpindah ke New York. Papa dinaikkan pangkat sebagai Vice Presiden Slaamberjer dan ditugaskan ke ibu pejabat syarikat selama lima tahun.” “Habis tu, Mama? Kita kena ikut sekali ke?” “Yalah.”  “Habis tu kena tukar sekolah lagike, Mama?  Zek baru ada kawan di sini.” “Nak buat macam mana, Zek? Kesian Papa. Takkan Papa nak duduk bersendirian di New York. Tambahan pula, Papa nak bantu anak kawan baik dia yang perlukan rawatan lanjut di Pusat Perubatan New York.” “Eh, Mama, siapa nama kawan Papa tu?” “Uncle Shahrom. Takkan Zek tak kenal. Yang pernah tidur di rumah kita di London dulu.  Dia duduk di Bukit Antarabangsa. Ibu tak sempat nak pergi ke rumah Uncle Shahrom di KL ni. Papa asyik sibuk je.” Zek tergamam. “Siapa nama anak Uncle Shahrom, Mama?” “Mama tak ingat, tapi anak Uncle Shahrom tu perempuan. Dia sebaya dengan Zek. Kalau tak silap Mama, bila Mama mengandungkan Zek, Auntie Linda pun mengandung juga, tapi Zek lahir dulu.” “Oh, macam tu, Mama.”

“Zek, cepat. Ikut Papa dan Mama dengan Riz ke rumah kawan Papa.” “Ke mana, Papa?” “Ikut sajalah.” Zek berkhayal sendiri sepanjang perjalanan. Hatinya resah kerana terpaksa meninggalkan Malaysia sekali lagi dan menetap di kota yang amat besar, New York. Terbayang sukan kegemaran orang-orang Amerika seperti baseball, bola keranjang dan American football. New Yorkers, man. Panjang khayalan Zek.“Eh, Zek, keluarlah.  Dah sampai dah rumah Uncle Shahrom.”Zek terus masuk dan duduk di ruang tamu.“Girl, come out. Uncle Daniel is here with his children.” “Yes, Papa. I will come out shortly.”Zek tergamam kerana suara itu seakan-akan suara Shern tetapi Zek tak pasti kerana nada suara itu amat lemah. Oh, mungkin bukan Shern. Aku ni gila bayangan ke?


Sedang Zek menghirup air teh yang disediakan, tiba-tiba ada seorang menyapa daripada belakang. “Hi, Zek. ”Zek terperanjat. Air di dalam mulutnya hampir terkeluar. “Eh, Shern. Awak anak Uncle Shahrom ke? Awak ke yang akan ikut keluarga saya ke New York untuk mendapat rawatan?” Shern dengan tersenyum mengangguk kepalanya.

No comments: