Tuesday, 29 April 2014

EVERYTHING IS MADE OF WATER [THALES OF MILETUS (c.624 - 546 BCE)]

During the Archaic period (mid-8th-6th century BCE), the peoples of the Greek peninsula gradually settled into a group of city-states. They developed an alphabetical system of writing, as well as the beginnings of what is now recognized as Western philosophy. Previous civilizations had relied on religion to explain phenomena in the world around them; now a new breed of thinkers emerged, who attempted to find natural, rational explanations.

The first of these new scientific thinkers that we are aware of was Thales of Miletus. Nothing survives of his writings, but we know that he had a good grasp of geometry and astronomy, and is reputed to have predicted the total eclipse of the sun in 585 BCE. This practical turn of mind led him to believe that events in the world were not due to supernatural intervention, but had natural causes that reason and observation would reveal.


Fundamental substance


Thales needed to establish a first principle from which to work, so he posed the question, "What is the basic material of the cosmos?" The idea that everything in the universe can be ultimately reduced to a single substance is the theory of monism, and Thales and his followers were the first to propose it within Western philosophy. Thales reasons that the fundamental material of the universe had to be something out of which everything else could be formed, as well as being essential to life, and capable of motion and therefore of change. He observes that water is clearly necessary 

Monday, 28 April 2014

Isotopes of oxygen

Late in a massive star's life, Oxygen-16 concentrates in the O-shell, Oxygen-17 in the H-shell and Oxygen-18 in the He-shell.

Stable isotopes of oxygen include Oxygen-16, Oxygen-17 and Oxygen-18 while radioisotopes of oxygen are Oxygen-12, Oxygen-13, Oxygen-14, Oxygen-15, Oxygen-19, Oxygen-20, Oxygen-21, Oxygen-22, Oxygen-23, Oxygen-24 and Oxygen-26.

OXYGEN-13

Oxygen-13 is an unstable isotope of oxygen.  It consists of 8 protons, 5 neutrons and 8 electrons.  It has a spin of 3/2-, and a half life of 8.58 milliseconds.  Its atomic mass is 13.0248 Da.  It decays to nitrogen-13 by electron capture, and has a decay energy of 17.765 MeV. It's parent nuclide is fluorine-14.

OXYGEN-15

Oxygen-15 is an isotope of oxygen, frequently used in positron emission tomography or PET experiments.  It has 8 protons, 7 neutrons, and 8 electrons.  The total atomic mass is 15.0030654 amu. It has a half life of 122.24 seconds.  Oxygen-15 is synthesized through deuteron bombardment of nitrogen-14 using a cyclotron.

REFERENCES USED:


PUISI REJIM ZIONIS

Zionis,
mengapa kau sangat berdosa,
mengapa kau menyerang Gaza,
mengapa kau biarkan titik-titik darah bertaburan

Zionis,
tengok apa yang kau mulakan,
kau telah membuatkan Gaza berdarah
kau telah membunuh warga Gaza.

Wahai pejuang keamanan,
jangan mudah tewas,
cuba bersabar.

Wahai para mujahid,
berdirilah,
jangan terjatuh,
harap dapat mengakhirinya.

Zionis,
rakyat Gaza, Palestin,
pada suatu hari nanti,
akan pastikan ini semua berakhir.

PERTANDINGAN SPELL IT RIGHT CHALLENGE

26/4/2014

Pada hari Ahad 27/4/2014 saya telah mewakili Permata Pintar dalam pertandinag Spell It Right peringkat Negeri Selangor.  Pemilihan di peringkat Permata Pintar telah dikendalikan oleh Puan Diana, Pensyarah Bahasa Inggeris pada awal Mac, 2014.

RHB NEW STRAITS TIMES NATIONAL SPELL IT RIGHT CHALLENGE 2014
Tarikh: 27 April 2014
Tempat : Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Senarai wakil Permata Pintar adalah seperti di bawah:-

PRIMARY
1. Jing Kai Ong
2. Zoey Zeffrey Azman

SECONDARY
1. Abul Munzeer Mohamad Isa
2. Adam Muhammad
3. Muaz Mazlan
4. Ahmad Zuhair Akhdan
5. Cosmartin Allistair
6. Grace Xuan
7. Hanis Athirah
8. Isaac Mok
9. Kamini Sivajothy
10. Leah Poi
11. Aniq Najmi
12. Muhammad Sharrfii bin Faidjal Adlee
13. Murthadza Aznam
14. Nik Mohammad Khalid
15. Ryan Owen Sigat
16. Siti Najihah
17. Solehah Salim


Oleh kerana saya dan Ong Jing Kai masih berumur bawah 12 tahun, kami berdua diletakkan di bawah ketegori sekolah rendah.

Peringkat awalan seramai 500 pelajar perlu menduduki ujian bertulis dan hanya 100 peserta akan terpilih ke peringkat seterusnya.

Keputusan mereka yang berjaya 100 teratas akan diumumkan dalam masa 2 minggu.

Presiden Amerika Syarikat - BARRACK OBAMA datang ke KL

26/4/2014 - Sabtu

Presiden Amerika Syarikat telah berkunjung ke Kuala Lumpur.  Presiden Amerika yang terakhir yang pernah datang ke Malaysia ialah Presiden Johnson iaitu 48 tahun yang lepas. Saya amat teruja melihat di kaca televisyen dan surat khabar tempatan gambar-gambar Tuan Presiden bersama dengan Tuan Perdana Menteri Malaysia.

Selamat Datang, Terma Kasih Banyak dan Berkerjasama antara perkataan-perkataan Melayu yang diungkapkan dalam ucapannya.



Terima kasih Tuan Presiden dan semoga anda bergembira dengan kehidupan dan berusaha menyelesaikan isu konflik Pelastin - Israil.

Sunday, 27 April 2014


TAJUK NOVEL:
TIGA DESTINASI; SATU CINTA


SINOPSIS:
Novel ini menceritakan tentang seorang budak lelaki yang telah lama menetap di London mengikut keluarganya pulang ke Malaysia.Beliau terpaksa meninggalkan kawan akrabnya di London dan terpaksa mencari kawan yang baru di Kuala Lumpur. Tidak sampai setahun menetap di Kuala Lumpur, ayahnya diarah pindah untuk berkhidmat ke ibu pejabat syarikat di New York. Novel ini juga menceritakan kisah seorang budak lelaki yang mengalami peralihan menjadi seorang remaja yang terpaksa berdepan dengan perubahan diri dan cinta monyet. Zek seorang budak lelaki yang pintar yang leka dengan permainan-permainan maya yang terkini dan pada masa yang sama terpaksa menyesuaikan diri setiap kali ayahnya berpindah. Zek telah jatuh cinta seperti kanak-kanak remaja yang lain.



BAB 1:
“Selamat pagi, Zek!” Shern menyapa dengan ceria. Zek sedang leka membelek-belek komik Dragonball yang baru dibelinya pada petang semalam. Zek teringat semasa sedang memilih komik-komik yang hendak dibeli, tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang gadis. Habis tumpah air yang dipegang olehnya. Oh, malu rasanya! Zek cuba menyapa gadis tersebut tetapi gadis tersebut terus berlalu dengan senyuman yang melirik. Oh, sungguh ayu gadis ini! Siapa gerangannya?  Zek tertanya-tanya, apabila dia memandang kembali, gadis itu berlalu, menusup masuk celah-celah orang ramai dan tiada lagi dalam penglihatan.

Eh, inikah gadis yang aku terlanggar semalam?  Macam mana dia mengenali namaku? Inilah hari pertama Zek mendaftarkan diri ke Sekolah Seri Chempaka, KL.  Zek dan keluarganya baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur. Sebelumnya, Zek menetap di kota London.  Selama sepuluh tahun, dia dibesarkan di kota metropolitan London.  Zek terkenang waktu-waktu indah semasa bersekolah di Fairview London School.  Hatinya remuk dan kecewa kerana terpaksa meninggalkan kawan akrabnya iaitu John dan Ellie kerana terpaksa mengikut keluarga pulang ke Malaysia.

“Saya Shern, awak budak baru di sekolah ini kan?” Zek tergamam dengan sapaan Shern. “Bagaimana awak tahu nama saya?”  Zek tertanya-tanya.  “Tu, tanda nama dekat kocek baju,” “Oh, minta maaf,” Muka Zek mula merah dan tersipu-sipu.  Dalam hatinya, malunya aku. Kenapalah aku jumpa gadis yang sama ni? Zek terketar-ketar menghulurkan tangan. “Minta maaf pasal semalam. Saya tak perasan awak. Tak sempat saya meminta maaf semasa di kedai buku Popular.  Awak cepat sangat berlalu. “Eh, buku ini ke yang awak beli semalam?” Tanya Shern. “Ya, ini koleksi komik saya. Kalau awak berminat, boleh saya pinjamkan. Itu pun kalau ada budak perempuan yang suka membaca Dragonball.” Ring...ring. Loceng sekolah berbunyi, menandakan tamatnya waktu rehat “Bye,” Shern berkata kepada Zek. “Saya ada kelas Matematik. Cikgu Francis garang sangat.Saya takut kena marah. Jumpa lepas sekolah.”


BAB 2:
“Zek, Zek, Mama panggil ni, jom makan. Mama masak istimewa untuk Zek; spaghetti olio. Udang besar-besar.”  Zek masih mengelamun memikirkan Shern semasa di sekolah. Eh, aku ni sedang jatuh cinta ke, Zek berkata-kata dalam hatinya. Inikah dikatakan cinta pandangan pertama dari mata terus ke hati? “Zek, Mama panggil ni.” “Ya Mama, Zek dengar.  Zek tengah buat kerja rumah, Mama.  Banyak betul cikgu beri kerja rumah hari ini.”  Zek terpaksa memberi alasan.  Sebenarnya, dia tidak mendengar langsung panggilan Mama sebentar tadi, kerana asyik mengelamun tentang gadis yang terpikat dihatinya.  Zek terus bergegas turun ke bawah.

“Macam mana dengan sekolah hari ini?” Mama bertanya kepada Zek. “Okay saja, tapi Bahasa Malaysia susahlah, Mama”. Hari ni, kawan-kawan kelas yang ketawakan saya, Mama. Mereka kata saya cakap Melayu macam orang Mat Salleh belajar Bahasa Melayu.” “Ala, biasalah. Mama mencelah. Hari pertama, kan? Lama-lama pandailah” Mama menasihatkan sambil mencedokkan Spaghetti Olio ke dalam pinggan anak kesayangannya. “Bosan lah, Mama; mana adik, tak nampak pun dari tadi.”  Tanya Zek sambil bermanja-manja dengan Mamanya. “Banyak sangat kerja rumah cikgu beri hari ni. Dekat UK, homework pada weekends je.” “Ala, lama-lama okey la tu.” Mama memberi penjelasan sambil memujuk Zek.  “Ya, Mama. Zek akan cuba. Makanan di kantin pedaslah, Mama.Zek tak boleh makan. Esok Mama bekalkan Zek sandwich dengan epal.” “Okay.” Zek makan spaghetti olio dengan berselera sekali.

Selepas makan, Zek bergegas mengambil computer ribanya.Dia berjanji dengan John di London untuk Skype.“Hi John. How’s life there?” “Pretty boring, especially without you.” “I have no friends to hang out with and to play Minecraft with.” “Okay, it’s pretty here to be exact. It’s summer the whole year. I’ll try to adjust to it. I have a ton of homework to do. Ok, bye. Miss you and send my regards to Ellie. Hope we can meet again.”

Zek teringat untuk mencari facebook akaun Shern.“Ah, jumpa rupanya. Oh, anak pilot rupanya. Duduk kat Bukit Antarabangsa.  Hmmm, anak tunggal.  Hobinya melukis. Oh, lukisannya cantik-cantik. Aku add je lah. Harap-harap dia accept. Apa strategi aku esok ni. Oh, dia suka sandwich. Oh, dia suka Anime Komik Jepun. Rumah ni banyak CD Anime. Aku cuba pinjamkanlah CD ni kat dia. Ada juga modal nak bercakap. Pandai-pandai, bergeliga juga otak aku ni. Macam lelaki playboy pulak.”  Zek tersenyum sendirian apabila terkenang strategi memikat Shern.



BAB 3:
“Kenapa bawa sandwich lebih, Zek?” “Saja, Mama. Zek kan budak baru. Kenalah tunjuklah prihatin dan pemurah, lagi pun Zek nak cari kawan baru.” “Okay, Cepatlah Papa sedang menunggu dalam kereta, nanti lambat sampai ke sekolah, tahu-tahulah duduk di Ampang, 5 minit lewat membawa perubahan yang besar.”Zek memang terkenal dengan kepandaian dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.  Semasa di London dia selalu menang banyak pertandingan di peringkat daerah. Mr Francis mula mengenali Zek dan terpegun dengan kepandaian budak Melayu Inggeris celup ni.

Kebijaksanaan Zek dalam Matematik mula tersebar ke semua kelas Darjah 5 di Sri Cempaka malah sampai ke telinga Shern juga.  Shern, ada hotstuff news la...Suzi, kawan baik Shern mencelah semasa di kantin.  Ada budak London la kat kelas sebelah, kau tak tahu ke?” “Apa-apa, aku tak tahu la.” jawab Shern dengan pantas yang cuba melindungi rasa getaran hati untuk lebih ingin mengenali lebih lanjut dengan Zek.“Hi Shern! Boleh saya duduk di meja ni tak?”  Zek yang telah berdiri lama di belakang Suzi dan Shern, malah telah mendengar perbualan antara Suzi dan Shern tentang dirinya.“Saya ada sandwich lebih ambil la. Sandwich ni hotstuff tahu masa saya di London.  Ramai kawan saya di sekolah lama suka dengan sandwich air tangan mama saya.”  Suzi dan Shern tergamam dengan ayat hotstuff. “ Awak curi dengar kita berbual eh.. tanya Suzi dengan selamba.  Suzi terkenal sebagai budak permpuan yang paling kepoh di sekolah.“ Mana ada”, Zek dengan pantas menjawab. Sambil makan, Suzi dan Shern sebuk mendengar cerita-cerita kota London dari Zek dan tentang kelab bolasepak Chelsea yang mana stadium kelab tersebut tidak jauh dengan apartmen di mana Zek tinggal semasa di London.  “Papa Shern adalah Chelsea fan..tahu tak..kalau Shern beritahu yang Zek pernah ke Stadium Chelsea dan banyak mengumpul momento Chelsea tentu papa suka”, Shern membuat penjelasan dengan gembira.

Masa berlalu dengan pantas, diam tak diam telah sembilan bulan Zek menentap di Kuala Lumpur.Dia dah mula menyukai dengan sekolah baru dan persekitaran baru yang amat menyenangkan hatinya.  Setidak-tidaknya di Kuala Lumpur ni sentiasa mengalami musim panas sepanjang tahun. Tak payah pakai baju tebal-tebal dan sukar ke sekolah apabila sampai musim sejuk.  Di Kuala Lumpur ni, paling teruk hanya semasa musim hujan je. Jalan sesak, banjir kilat dan pemadu yang kurang berdisiplin di jalan raya.



BAB 4:

Peperiksaan akhir tahun hampir menjelang tiba.Semua rakan Zek sibuk mentelaah pelajaran.  Zek sungguh bosan duduk di rumah.  Zek berada dalam bilik sambil bersembang sosial dengan Shern. “Sedang buat apa?” “Sedang belajar.” Zek terpaksa menipu.  Bohong sunat namanya.  Zek tersenyum sendiri.  Bukannya Shern nampak pun. Sebenarnya, Zek sedang bermain Angry Birds Epic, permainan yang baru dimuat turun dari App Store. “Macam mana pelajaran?” Shern bertanya. “Okay,” jawab Zek. Zek asyik bersembang maya dengan Shern.Tiba-tiba, adik Zek masuk ke dalam bilik dan menjerit. “Mama, abang Zek tak baca buku, Mama.”  Zek terus menutup komputernya. “Hey, Riz, abang tengah tengok YouTube subjek Sains lah.”Zek memberi penjelasan.“Mama, abang Zek tipu.”

Ibu dan ayah Zek bergegas naik ke atas. Papa bertanya, “Apa yang kecoh ni?” “Abang Zek, Papa. Dia berpura-pura belajar,” kata Riz.Papa terus mendekati Zek.“Zek, kita mestilah menumpukan perhatian kepada belajar.  Peperiksaan hanya tinggal dua minggu lagi. Jangan bazir masa dengan membuat kerja sia-sia.Nanti, siapa yang rugi?  Zek juga yang rugi.  Sebagai denda, Papa tidak benarkan Zek menggunakan komputer dan iPad sehingga habis peperiksaan. Jika Zek tidak mendapat nombor satu, Papa akan hantar Zek untuk membuat kerja-kerja kebajikan, ke rumah anak yatim Buduriya di Cheras. Di sana, Zek boleh melihat dan belajar bagaimana anak tanpa ayah dan ibu membesar dengan serba kekurangan. Setidak-tidaknya, Zek akan menghargai kehidupan Zek dan mensyukuri pemberian Allah S.W.T.”.

Zek amat marah dengan Riz hari ini. Gara-gara Rizlah ni, aku tidak boleh menggunakan komputer. Eh, bosannya, Zek bercakap bersendirian. Shern mestilah tertunggu-tunggu, kenapa Zek tidak online selama tiga hari.  Zek merasa insaf dan menghabiskan hujung minggu dengan menelaah pelajaran.  Di hujung peperiksaan, Zek telah diumumkan sebagai pelajar terbaik dan mendapat tempat pertama serta pelajar terbaik bagi semua subjek.

Dua bulan lagi, sekolah akan bercuti. Sukan sekolah akan diadakan pada bulan Oktober. Semua murid sibuk membuat latihan.Zek memasuki acara 400 meter dan lompat jauh.  Semasa hari latihan, tiba-tiba keadaan menjadi gempar.  Seorang pelajar perempuan pengsan semasa  berlatih dalam acara 100 meter.  Ambulans telah datang ke sekolah untuk membawa pelajar tersebut ke hospital.  “Zek, Zek,” Kuariff datang dengan tergesa-gesa, “Shern pengsan.  Dia sedang dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri.”  “Ya ke?” “Betul.”




BAB 5:

Sebaik sahaja loceng akhir berbunyi, Zek, Kuariff dan semua murid 5K bercadang melawat Shern di wad. Sebaik sahaja sampai, jururawat bertugas hanya membenarkan seorang sahaja dalam satu masa untuk masuk ke wad ICU.  Apabila giliran Zek tiba, tanpa berlengah terus dia ke bilik ICU menempatkan Shern. “Ya Allah, kenapa jadi begini?” Shern masih tidak sedarkan diri.  Banyak wayar disambungkan ke badannya.  Zek memegang tangan Shern. Shern membuka matanya hanya dua saat dan mengangguk-angguk kepalanya seolah-olah mendengar akan kata-kata perangsang yang dikatakan oleh Zek.

Sudah sebulan Shern sudah berada di wad. Shern disahkan menghidap kanser darah atau dinamakan leukemia tahap dua. Doktor mengesahkan Shern boleh pulih seperti sedia kala tetapi mengambil masa yang lama. Berita yang megejutkan Zek berlaku. “Zek, Mama nak beritahu, Papa telah mendapat arahan berpindah ke New York. Papa dinaikkan pangkat sebagai Vice Presiden Slaamberjer dan ditugaskan ke ibu pejabat syarikat selama lima tahun.” “Habis tu, Mama? Kita kena ikut sekali ke?” “Yalah.”  “Habis tu kena tukar sekolah lagike, Mama?  Zek baru ada kawan di sini.” “Nak buat macam mana, Zek? Kesian Papa. Takkan Papa nak duduk bersendirian di New York. Tambahan pula, Papa nak bantu anak kawan baik dia yang perlukan rawatan lanjut di Pusat Perubatan New York.” “Eh, Mama, siapa nama kawan Papa tu?” “Uncle Shahrom. Takkan Zek tak kenal. Yang pernah tidur di rumah kita di London dulu.  Dia duduk di Bukit Antarabangsa. Ibu tak sempat nak pergi ke rumah Uncle Shahrom di KL ni. Papa asyik sibuk je.” Zek tergamam. “Siapa nama anak Uncle Shahrom, Mama?” “Mama tak ingat, tapi anak Uncle Shahrom tu perempuan. Dia sebaya dengan Zek. Kalau tak silap Mama, bila Mama mengandungkan Zek, Auntie Linda pun mengandung juga, tapi Zek lahir dulu.” “Oh, macam tu, Mama.”

“Zek, cepat. Ikut Papa dan Mama dengan Riz ke rumah kawan Papa.” “Ke mana, Papa?” “Ikut sajalah.” Zek berkhayal sendiri sepanjang perjalanan. Hatinya resah kerana terpaksa meninggalkan Malaysia sekali lagi dan menetap di kota yang amat besar, New York. Terbayang sukan kegemaran orang-orang Amerika seperti baseball, bola keranjang dan American football. New Yorkers, man. Panjang khayalan Zek.“Eh, Zek, keluarlah.  Dah sampai dah rumah Uncle Shahrom.”Zek terus masuk dan duduk di ruang tamu.“Girl, come out. Uncle Daniel is here with his children.” “Yes, Papa. I will come out shortly.”Zek tergamam kerana suara itu seakan-akan suara Shern tetapi Zek tak pasti kerana nada suara itu amat lemah. Oh, mungkin bukan Shern. Aku ni gila bayangan ke?


Sedang Zek menghirup air teh yang disediakan, tiba-tiba ada seorang menyapa daripada belakang. “Hi, Zek. ”Zek terperanjat. Air di dalam mulutnya hampir terkeluar. “Eh, Shern. Awak anak Uncle Shahrom ke? Awak ke yang akan ikut keluarga saya ke New York untuk mendapat rawatan?” Shern dengan tersenyum mengangguk kepalanya.

Monday, 14 April 2014

POLEMIK MH370

Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (MH 370 / MAS 370), juga dipasarkan sebagai Penerbangan 748 China Southern Airlines (CZ 748) melalui perkongsian kod, ialah sebuah penerbangan penumpang berjadual dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China. Pada 8 Mac 2014, Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia yang mengendalikan penerbangan ini hilang ikutan perhubungan terakhirnya dengan kawalan lalu lintas udara kurang daripada sejam selepas perlepasan. Ia membawa 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal di dalam pesawat, dengan majoriti penumpang ialah rakyat China.
Usaha awal pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand[1] dan Laut China Selatan,[2] (yang dikatakan terbesar dalam sejarah[3]) telah dijalankan oleh sebelas buah negara yang telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal untuk usaha ini.[4][5][6][7] Kawasan carian kemudian diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.[4][5][6] Pada 15 Mac, selepas laporan media bahawa penyiasat A.S. percaya pesawat tersebut berpatah balik ke barat melintasi Semenanjung Malaysia selepas kawalan trafik udara terputus hubungan dan sebuah satelit terus menerima "dencing" dari pesawat,[8][9][10][11] usaha pencarian diperluaskan lagi ke Lautan hindi. Sehingga 18 Mac, 26 negara telah terbabit dalam usaha itu.[12]
Pada 20 Mac, satu siri imej satelit yang menunjukkan potensi serpihan pesawat di Lautan Hindi di selatan barat daya Australia mendorong peningkatan aktiviti carian di kawasan itu.[13] Serpihan lanjut dikesan di kawasan itu oleh pesawat tentera Australia dan China pada 24 Mac.[14] Walau bagaimanapun kedudukan pesawat itu masih tidak diketahui, mendorong pada 24 Mac, pegawai Penerbangan Malaysia dan kerajaan Malaysia melahirkan kepercayaan mereka bahawa pesawat tersebut telah terhempas di selatan Lautan Hindi dengan tiada yang terselamat, berdasarkan analisis 'tiada tandingan' oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom dan syarikat satelit Inmarsat.[15][16][17]

Kehilangan[sunting | sunting sumber]

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). Pesawat tersebut menuruni altitud jajap tetapannya, iaitu 35,000 kaki (10,700 m) dan bergerak pada laju udara sebenar 471 knot (542 bsj; 872 km/j) apabila kesemua komunikasi terhenti dan isyarat transponder hilang. Kedudukan terakhir yang diketahui bagi pesawat berkenaan ialah 6°55′15″U 103°34′43″T, sepadan dengan waypoint IGARI, yang di situ pesawat berkenaan patut mengubah laluannya sedikit ke timur. Pesawat tersebut juga dijangkakan untuk menghubungi kawalan lalu lintas udara di Bandar Raya Ho Chi Minh sebaik memasuki ruang udara Vietnam sedikit di utara titik tersebut, tempat perhubungan telah hilang.[18][19][20]
Penerbangan Malaysia mengeluarkan pernyataan media pada 07:24 yang mengesahkan bahawa perhubungan telah hilang pada 02:40 dan bahawa operasi pencarian dan penyelamatan telah bermula.[21] Kemudian, timbullah bahawa Kawalan Lalu Lintas Udara Subang telah kehilangan perhubungan dengan pesawat itu pada 01:22 dan memaklumkan Penerbangan Malaysia pada 02:40.[22] Anak kapal tersebut atau sistem komunikasi di dalam pesawat tidak menyiarkan isyarat kecemasan, petanda cuaca buruk, atau masalah teknikal sebelum hilang dari skrin radar.[23] Syarikat penerbangan melaporkan dalam keluaran akhbar kesebelas bahawa kesemua pesawatnya dilengkapi dengan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Sistem Pengalamatan dan Pelaporan Komunikasi Pesawat; ACARS), sistem yang memancarkan data secara automatik tentang status pesawat, tetapi tambahannya "Walau bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat dihantar."[24]

Pencarian[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Usaha pencarian menjana berbilang ikutan palsu. Seorang laksamana Tentera Laut Vietnam melaporkan bahawa perhubungan radar dengan pesawat tersebut kali terakhir dilakukan di Teluk Thailand, tetapi mentranspirasi bahawa hasil ini sepadan dengan kehilangan perhubungan radar kawalan lalu lintas udara Subang, bukan penemuan tapak kemalangan.[22] Limpahan minyak terletak di luar pinggir laut Vietnam pada 8 dan 9 Mac dan disangkakan telah datang daripada pesawat. Hasil ujian melaporkan pada 10 Mac menyatakan bahawa limpahan minyak tidak mengandungi minyak penerbangan.[33][34] Ada laporan bahawa sebuah pintu atau serpihan pesawat ditemui kira-kira 80 km (50 bt) di selatan Pulau Thổ Chu pada 9 Mac. Hari berikutnya, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia melaporkan dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar; bahan yang terapung bukan daripada pesawat.[35]
Lokasi Selat Melaka.
Tentera Laut Diraja Thai menganjakkan tumpuannya dalam pencarian jauh dari Teluk Thailand dan Laut China Selatan menurut permintaan Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyiasat kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik dan mungkin telah terhempas di Laut Andaman, dekat dengan sempadan Thailand.[36] Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Rodzali Daud, mendakwa bahawa rakaman pihak tentera bagi isyarat radar tidak menyertakan kemungkinan pesawat itu berpatah balik di laluan penerbangannya.[37][38] Dua hari kemudian, beliau mengesahkan bahawa pesawat itu kali terakhir dikesan oleh radar ketenteraan dekat dengan Pulau Perak diSelat Melaka, pada 02:40 pada 8 Mac, menerbangi ketinggian kira-kira 9,000 meter (30,000 ka).[39] Jejari pencarian telah ditingkatkan daripada 20 batu nautika (37 km; 23 batu) dari kedudukan terakhirnya yang diketahui[40] di selatan Pulau Thổ Chu, hingga 100 batu nautika (190 km; 120 batu), dan luasnya kini meliputi laut-laut hingga Selat Melaka di sepanjang pinggir laut barat Semenanjung Tanah Melayu, dengan perairan ke kedua-dua timur Malaysia di Laut China Selatan, dan di Selat Melaka di sepanjang pinggir barat Malaysia, sedang dicari.[41][2][42]
Pada 11 Mac, radar ketenteraan dilaporkan menyatakan pesawat berkenaan berpusing ke arah barat dan terus terbang selama 70 minit sebelum hilang dekat dengan Pulau Perak;[43][44] pesawat berkenaan "mengubah laluan selepas Kota Bharu dan mengambil altitud lebih rendah. Pesawat itu berjaya ke Selat Melaka." Lokasi terakhir ini adalah kira-kira 500 km (311 bt) dari kedudukan terakhirnya dalam perhubungan dengan kawalan lalu lintas udara.[45] Walau bagaimanapun, hari berikutnya Rodzali Daud nafi melakukan pernyataan seperti dilaporkan dalam media, meminta bahawa salah lapor patut "dipinda dan dibaiki untuk mencegah salah tafsir lanjut bagi yang sejelasnya merupakan laporan tidak tepat dan tidak betul."[46][47] Vietnam telah mengurangkan operasi pencariannya untuk menunggu penjelasan daripada Malaysia kerana laporan bercanggahan.[48]

Penyertaan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sebagai gerak balas kepada insiden ini, kerajaan Malaysia menggerakkan Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara, Tentera Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim, dan meminta bantuan antarabangsa daripada Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) dan negeri jiran. Berbilang negara mengusahakan misi pencarian dan penyelamatan di perairan rantau itu.[49][50] Negara-negara telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal ke kawasan berkenaan.[4][2][42] Qatar menawarkan bantuan, dan Agensi Perancis untuk penyiasatan kemalangan pesawat, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA), menawarkan bantuan dengan mana-mana operasi pencarian dan pemulihan bawah air.[51][52] Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh telah mencuba, tetapi gagal, untuk menggunakan rangkai stesen pengesanan infrabunyinya untuk mencari mana-mana bunyi dibuat oleh penerbangan ini.[53] Aset dihantar oleh negara berlainan termasuklah:
AP-3C Orion RAAF Australia menyertai pencarian.
BRP Gregorio del Pilar, salah sebuah kapal dihantar oleh Tentera Laut Filipina.
RSS Steadfast dari Singapura.
Pengawal Pinggir Laut Vietnam CASA C-212-400.
  • China: Lima buah kapal perang China, dok pengangkutan amfibia Jenis 071 LPD-999 Jinggang Shan, dengan dua buah helikopter, 30 orang kakitangan perubatan, sepuluh orang penyelam, dan 52 orang askar marin, serta kelengkapan penyelamatan dan pengesanan bawah air di atasnya,[65] dok pengangkutan amfibia LPD-998 Kunlun Shan dengan dua buah helikopter dan 50 orang askar marin, kapal pembinasa Jenis 052C DDG-171Haikou with dengan sebuah helikopter,[66] Frigat Jenis 053H3 FFG-528 Mianyang dengan sebuah helikopter dan kapal pengisian AOR-886 Qiandaohu. Tiga buah kapal ronda besar Pentadbiran Keselamatan Maritim China: Hai Xun 31 sebuah kapal ronda besar dengan sebuah helikopter dan kelengkapan pengimbasan bawah air, kapal pencarian dan penyelamatan besar penyelamat Laut Selatan No. 101 dan No. 115. Kapal ronda besar Pengawal Pinggir Laut No. 3411 dan kapal COSCO Merchant Tai Shun Hai. Sebuah pesawat pengangkutan Ilyushin Il-76 dan sebuah pesawat pengawasan Tupolev Tu-154Templat:Jelaskan dalam perjalanan. China juga telah menugasi sepuluh buah satelit pertahanan mengorbit semula di kawasan itu.[67]
  • India: Kapal-kapal Tentera Laut India pada rondaan rutin di Selat Melaka dan aset udara dan laut Perintah Andaman dan Nicobar menyertai pencarian pada 11 Mac.[72] Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga telah diaktifkan untuk mencuba dan mengutip mana-mana petunjuk yang mungkin membawa penyiasat kepada pesawat Boeing 777-200 yang hilang.[72]
  • Indonesia: Lima buah kapal[6] – sebuah korvet dan empat buah kapal ronda pantas – menumpukan pencarian di Selat Melaka di sekitar Pulau Pinang.[73] Negara berkenaan telah menghantar dua buah kapal ronda pantas PC-40 pertama, Templat:Kapal dan Templat:Kapal, serta sebuah pesawat ronda maritim IPTN NC-212.[74]
  • ThailandTentera Laut Diraja Thai telah menyediakan tiga buah kapal dan sebuah pesawat untuk pencarian dan penyelamatan.[80][81] Sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah kapal ronda. Lagi dua buah kapal sedang bersedia di Teluk Thailand.[82]
  • Vietnam: Tiga buah Antonov An-26, dua buah CASA C-212, sebuah DHC-6 Twin Otter, dua buah Mil Mi-171, dan tujuh buah kapal daripada Tentera Laut (HQ-954, HQ-627), Pengawal Pinggir Laut (CSB-2001, CSB-2003), Kawalan Perikanan (KN-774), dan Pusat Koordinasi Pencarian dan Penyelamatan Maritim (SAR 413).[83][84]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Kokpit 9M-MRO pada 2004.
Penerbangan 370 dikendalikan oleh sebuah Boeing 777-2H6ER,[lower-alpha 1] nombor siri 28420, pendaftaran 9M-MRO. Boeing 777 ke-404 yang dihasilkan, pesawat ini terbang but kali pertama pada 14 Mei 2002, dan dihantar kepada Penerbangan Malaysia pada 31 Mei 2002. Pesawat itu berkuasakan dua buah enjin Rolls-Royce Trent 892,[86] dan dikonfigurasi untuk membawa 282 orang penumpang: 35 orang di dalam kelas perniagaan dan 247 orang di dalam kelas ekonomi.[87] Menurut syarikat penerbangan, pesawat ini telah mengumpulkan 53,460 hours and 7,525 cycles in service.[88] 9M-MRO belum pernah terlibat dalam sebarang insiden besar;[89] satu insiden kecil semasa bertaksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai pada Ogos 2012 menyebabkan kerosakan ketara kepada salah satu hujung sayapnya, yang patah selepas terkena ekor sebuah pesawat lain.[90] Pemeriksaan penyelenggaraan terakhirnya adalah pada Februari 2014.[88]
Boeing 777 pada amnya, dianggap oleh pakar penerbangan, mempunyai rekod keselamatan "hampir sempurna",[91] salah satu daripada sebarang pesawat komersial yang terbaik.[92]Sejaka penerbangan komersial pertamanya pada Jun 1995, hanya ada dua kemalangan parah sebelum ini. Pada Januari 2008, 47 orang cedera apabila hablur ais dalam sistem minyak Penerbangan 38 British Airwaysmenyebabkannya kehilangan kuasa dan terhempas hampir-hampir dengan landasan di Lapangan Terbang Heathrow London. Pada Julai 2013, Penerbangan 214 Asiana Airlines terhempas dalam pendekatan terakhir keLapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Tiga orang penumpang terkorban dan 181 orang cedera disebabkan oleh kemalangan itu.[93] Kedua-dua pesawat rosak melampaui pembaikan.[94]

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Kewarganegaraan orang di dalam Penerbangan 370
KewarganegaraanPenumpangAnak kapalJumlah
 Amerika Syarikat303
 Australia606
 Belanda101
 China1520152
 Hong Kong1[95]01
 India505
 Indonesia707
 Iran2[lower-alpha 2]02
 Kanada202
 Malaysia381250
 New Zealand202
 Perancis404
 Rusia101
 Taiwan101
 Ukraine202
Jumlah22712239
Penerbangan Malaysia mengeluarkan nama dan kewarganegaraan 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal, berdasarkan manifes penerbangan.[97]

Anak kapal[sunting | sunting sumber]

Kesemua anggota anak kapal merupakan warga Malaysia. Kaptennya ialah Zaharie Ahmad Shah yang berumur 53 tahun dari Pulau Pinang, yang menyertai Penerbangan Malaysia pada 1981 dan mempunyai pengalaman penerbangan 18,365 jam.[98] Zaharie juga merupakan seorang pemeriksa yang layak untuk menjalankan ujian pensimulasi untuk juruterbang.[99] Pegawai pertama merupakan Fariq Abdul Hamid berumur 27 tahun, soerang pekerja Penerbangan Malaysia sejak 2007, dengan 2,763 jam penerbangan.[100][101] Fariq baru-baru ini bertukar kepada menerbangkan Boeing 777-200 selepas menyelesaikan latihan pensimulasi.[101]

Penumpang[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penumpang (152 daripada 227) merupakan warga China. Kehilangan warga China seramai ini ialah bencana udara kedua terteruk dalam sejarah penerbangan China, setakat Mac 2014.[102] Tiga perlapan penumpang dan kesemua dua belas anggota anak kapal merupakan warga Malaysia. Selebih penumpang adalah dari tiga belas negara berlainan. Penumpang China termasuk sekumpulan sembilan belas seniman dengan enam orang anggota keluarga dan empat orang kakitangan, kembali dari pameran kaligrafi karya mereka di Kuala Lumpur.[103] Dua puluh orang penumpang merupakan pekerjaFreescale Semiconductor, sebuah syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas. Dua belas orang pekerja ini adalah dari Malaysia dan lapan orang dari China.[104]
Penerbangan Malaysia juga telah menghantar sepasukan pengasuh dan sukarelawan dipanggil GoTeam untuk menyediakan bantuan kepada anggota keluarga penumpang-penumpang berkenaan.[105]Dalam keluaran akhbarnya, syarikat penerbangan menyatakan bahawa syarikat berkenaan akan menanggung perbelanjaan pembawaan anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang ke Kuala Lumpur dan menyediakan penginapan, jagaan perubatan dan kaunseling kepada mereka.[106] Syarikat penerbangan menyediakan bayaran takziah bernilai $5,000 kepada keluarga-keluarga untuk setiap mangsa.[107]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Boeing telah mengumumkan bahawa sepasukan pakar dihimpunkan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada penyiasat,[108] menurut protokol-protokol Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Tambahan pula, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat mengumumkan dalam keluaran akhbar 8 Mac bahawa sepasukan penyiasat telah dihantar bersama dengan penasihat teknikal daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk menawarkan bantuan dalam penyiasatan.[62] Negara yang akan mengetuai penyiasatan tidak akan ditentukan sehingga pesawat yang hilang ditemui.[109]
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat telah menghantar pakar teknikal dan ejen untuk menyiasat kehilangan tersebut.[110] Walau bagaimanapun, seorang pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat senior menjelaskan bahawa ejen-ejen FCI tidak dihantar ke Malaysia.[111] Pihak rasmi Amerika Syarikat dan Malaysia menyemak seluruh manifes penumpang semula sebagai tambahan kepada dua orang penumpang yang disahkan memegang pasport curian.[112]

Pasport curian[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangnya dua orang penumpang berjalan dengan pasport yang dicuri daripada warga negara Eropah. Dua orang yang dikenal pasti di dalam manifes, seorang warga Austria berumur 20 tahun dan seorang warga Italia berumur 37 tahun, telah melaporkan pasport mereka dicuri pada 2012 dan 2013, masing-masing.[22][113] Interpol menyatakan bahawa kedua-dua pasport disenaraikan dalam pangkalan datanya bagi pasport hilang dan curian, tetapi tiada semakan dibuat melawan pangkalan datanya, menyatakan bahawa hanya sedikit negara yang tekal menggunakan pangkalan datanya.[114][115] Menteri Dalam Negeri Malaysia mengkritik pegawai imigresen negaranya kerana gagal menghentikan penumpang yang berjalan dengan pasport Eropah curian.[115]
Kedua-dua tiket sehala yang dibeli untuk pemegang pasport curian ditempah melalui China Southern Airlines.[116] Seorang warga Iran dilaporkan telah menempah tiket termurah ke Eropah melalui telefon. Tiket-tiket tersebut dibayar secara tunai.[117][118][119]Seorang ketua polis Thai mencadangkan bahawa tiket-tiket berkenaan dibeli untuk pehijrah Iran haram.[120] Kedua-dua penumpang tersebut kemudian dikenal pasti sebagai orang Iran, seorang berumur 18 dan seorang lagi 29, yang memasuki Malaysia pada 28 Februari menggunakan pasport Iran sah. Ketua Interpol mengatakan mereka "cenderung untuk menyimpulkan bahawa ini bukan insiden pengganas."[96][121][122][123]

Kargo[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mac, CEO Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, tanpa mendedahkan manifes penerbangan, bahawa pesawat tersebut membawa 3 hingga 4 tan manggis, dan tiada bahan berbahaya.[124][125][126] Tiga hari kemudian, beliau mengesahkan bahawa bateri yang mungkin mudah terbakar, dikenalpasti sebagai litium-ion,[127] juga ada, menambah semua kargo "dibungkus sebagaimana disarankan ICAO", diperiksa beberapa kali dan dikira mematuhi peraturan.[128][129][130]

Kritikan dan gerak balas[sunting | sunting sumber]

Kehilangan penerbangan berkenaan telah ditandai oleh maklumat salah, dan ada keraguan kini mengenai lokasi dan trajektori yang berkemungkinan bagi pesawat terlibat.[131][132] Pakar mempercayai bahawa sungguhpun tahap awal telah diurus dengan baik oleh Penerbangan Malaysia, pengingkatan pegawai rasmi kerajaan berkomen secara awam mewujudkan kekeliruan. Pakar pengurusan krisis Australia Mike Smith mencadangkan bahawa, kerana sebaik kehilangan ini menjadi kebimbangan antarabangsa, kerajaan Malaysia gagal mengambil alih dan mengasaskan titik kawalan krisis kecemasan tempat maklumat boleh disebarkan secara bertanggungjawab dan dengan benar. Smith menekankan percanggahan, "penudingan jari, khabar angin dan sindir halus... daripada pihak rasmi Malaysia, yang motifnya boleh kita spekulasi."[133]

KONKLUSI
Daripada semua fakta MH370, dalam pandangan saya, MH370 telah tenggelam di Lautan Hindi kerana mungkin Kapten Zaharie Ahmad Shah mahu membunuh dirinya dengan semua penumpang sekali. Kapten Zaharie Ahmad Shah menerbangkan MH370 selama 40 minit sebelum membuat "air turn back" dan menerbang ke Lautan Hindi mungkin kerana Lautan Hindi adalah lautan yang paling sunyi.

SUMBER-SUMBER
1. Wikipedia