Apakah Perbezaan antara A-Level dan International Baccalaurate (IB)?
BAHAGIAN 1
A. International Baccalaurate (IB)
1. Apakah itu program IB?
IB ialah singkatan bagi International Baccalaureate yang merupakan program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ibo.org
2. Apakah badan yang mengandalikan program IB?
Program IB dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Pejabat yang menguruskan semua hal berkaitan dengan peperiksaan dan kurikulum IB, iaitu IBCA, terletak di Cardiff, United Kingdom.
3. Adakah penawaran program IB terhad di negara-negara tertentu sahaja?
Tidak. Sehingga 2006, terdapat 1742 IB World Schools yang menawarkan program IB di 122 negara.
4. Apakah bahasa pengantar yang digunakan dalam program IB?
Tiga bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol.
5. Apakah institusi yang menwarakan program IB di Malaysia?
Kolej MARA Banting merupakan institusi terulung yang menawarkan program IB di Malaysia untuk pelajar-pelajar tempatan. Institusi lain yang juga menawarkan program IB ialah International School of Kuala Lumpur, Mont Kiara International School, International School Penang (Uplands), dan barubaru ini Sri KDU dan Kolej MARA Seremban.
6. Apakah kukurikulum IB?
Kurikulum IB boleh dipaparkan melalui bentuk heksagon yang mewakili 6 bidang akademik mengelilingi satu pusat. Pelajar didedahkan kepada 2 tradisi agung pembelajaran iaitu Sains dan Kemanusiaan. Subjek-subjek berikut ditawarkan di Kolej MARA Banting:
- Kumpulan 1 – ‘Language A’ (bahasa ibunda) termasuk Kajian Sastera Dunia yang terpilih. Subjek yang ditawarkan ialah Malay A1.
- Kumpulan 2 – ‘Language B’ (bahasa kedua). Subjek yang ditawarkan ialah English B.
- Kumpulan 3 – Individu dalam Masyarakat. Subjek yang ditawarkan ialah Business & Management, Economics dan InformationTechnology in a Global Society (ITGS).
- Kumpulan 4 – Sains Amali. Subjek yang ditawarkan ialah Biologi, Kimia dan Fizik.
- Kumpulan 5 – Matematik. Subjek yang ditawarkan ialah Matematik.
- Kumpulan 6 – Subjek yang ditawarkan ialah subjek-subjek daripada Kumpulan 3 atau 4.
Selain daripada subjeksubjek di atas, 3 komponen tambahan yang diwajibkan ialah:
1. ‘Extended Essay ‘ daripada satu subjek yang ditawarkan dalam kurikulum IB
2. ‘Theory of Knowledge’ (ToK)
3. ‘Creative, Action and Service’ (CAS)
1. ‘Extended Essay ‘ daripada satu subjek yang ditawarkan dalam kurikulum IB
2. ‘Theory of Knowledge’ (ToK)
3. ‘Creative, Action and Service’ (CAS)
7. Bagaimanakah kombinasi subjek ditentukan?
Para pelajar yang mengikuti dan memenuhi syarat program IB di Kolej MARA Banting akan menerima Diploma IB. Setiap pelajar dikehendaki mempelajari 6 subjek: satu subjek daripada tiap-tiap kumpulan 15 dan subjek keenam dipilih daripada kumpulan 3 atau 4 atau daripada 6 subjek di atas, pelajar mestilah mengambil 3 (tidak melebihi 4) daripada subjek tersebut pada peringkat ‘higher level’ dan 3 (tidak kurang dari 2) pada peringkat ‘standard level’. Pengambilan subjek-subjek ‘higher level’ berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah nanti.
8. Apakah perbezaan antara subjek ‘Higher Level dan ‘Standard Level’?
Perbezaan ini dapat dilihat daripada jumlah peruntukan masa. Subjek ‘higher level’ memerlukan masa perjumpaan atau kuliah minima sebanyak 240 jam manakala ‘standard level’ memerlukan masa perjumpaan minima sebanyak 150 jam sepanjang tempoh 2 tahun.
9. Mengapakah pelajar perlu mempelajari sastera dunia Malay A1 sedangkan program IB dikendalikan dalam bahasa Inggeris?
Untuk menggalakkan pelajar mendalami budaya masing-masing. Pelajar seharusnya berbangga dengan warisan sastera bahasa ibunda dan pada masa yang sama menghormati budaya masyarakat antarabangsa. Pembelajaran Sastera Dunia (‘World Literature’) dapat memanfaatkan pelajar IB dari sudut perspektif global. Ia memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan ‘world spirit’ melalui keunikan peluang yang ditawarkan oleh bermacam kaedah apresiasi yang mana budaya mempengaruhi dan membentuk pengalaman hidup manusia sejagat.
10. Apakah itu ‘Extended Essay’?
‘Extended Essay’ merupakan komponen dalam
kurikulum Program Diploma IB yang mewajibkan pelajar menulis esei
sepanjang 4000 patah perkataan berdasarkan topik kajian yang dipilih. Ia
bertujuan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjalankan
penyelidikan terhadap topik yang diminati. Pelajar diperlukan
membiasakan diri dengan penyelidikan kendiri dan penulisan akademik yang
dipraktikkan di peringkat universiti. IBO mengesyorkan pelajar
menumpukan 40 jam untuk penyelidikan dan penulisan esei.
Memandangkan ia adalah komponen wajib,
kegagalan menghantar ‘Extended Essay’ bermakna pelajar tidak layak
memperolehi diploma. Melalui pengalaman, kami mendapati pihak universiti
sentiasa cenderung terhadap penghasilan ‘Extended Essay’ dan bagi
sesetengah kes, ini menjadi faktor utama dalam membantu pelajar
memperolehi kemasukan ke bidang kursus yang mencabar seperti perubatan.
Maklum balas daripada bekas pelajar menunjukkan pengalaman menghasilkan
‘Extended Essay’ semasa mengikuti program IB membantu dalam penghasilan
minitesis pada peringkat universiti memandangkan mereka telah pun
mempunyai asas teras penyelidikan kendiri.
12. Apakah itu ‘Theory of Knowledge’ dan bagaimanakah penilaiannya dibuat?
‘Theory of Knowledge’ (ToK) merupakan
komponen utama dalam falsafah pendidikan IB dan oleh itu diwajibkan
kepada semua pelajar. Penawaran ToK adalah bertujuan untuk merangsang
pemikiran kritikal baik di dalam atau di luar bilik kuliah. Kepentingan
‘Theory of Knowledge’ adalah sebagai subjek teras IB yang menghubungkan
semua subjeksubjek yang ditawarkan di dalam kurikulum IB. Oleh kerana
setiap bidang ilmu mempunyai komposisi dan metodologinya yang
tersendiri, melalui subjek ToK ini, pelajar akan dibantu untuk meneliti
konsep ilmu dan mengenalpasti nilai-nilai yang diterapkan dalam subjek
yang berbeza.
Penilaian ‘Theory of Knowledge’ adalah seperti berikut:
1. ‘Internal Assessment’ – persembahan oral selama 10 minit
2. ‘External Assessment’– penulisan esei sebanyak 1600 patah perkataan.
1. ‘Internal Assessment’ – persembahan oral selama 10 minit
2. ‘External Assessment’– penulisan esei sebanyak 1600 patah perkataan.
13. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti CAS?
CAS adalah singkatan untuk ‘Creative’,
‘Action’, dan ‘Service’. Aktiviti CAS merangkumi aktiviti yang
berorientasikan kreativiti pergerakan fizikal dan khidmat masyarakat.
Aktiviti CAS berfungsi sebagai pelengkap
kepada pencapaian akademik pelajar. CAS menyediakan ruang untuk para
pelajar belajar melalui pengalaman dan mengembangkan potensi serta
kemahiran yang terdapat dalam diri mereka. Melalui penglibatan pelajar
di dalam pelbagai aktiviti CAS (dalam kampus, luar kampus dan semasa
cuti semester), mereka akan memperolehi faedahfaedah berikut:
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
- Menghormati/menghargai pelbagai nilai dan kepercayaan merentasi kaum, adat, budaya, agama, jantina dan politik.
- Kesedaran diri yang tinggi terhadap isu-isu kemanusiaan, alam sekitar dan sebagainya dari perspektif masyarakat setempat, negara dan antarabangsa.
- Berkebolehan untuk berinteraksi secara berkesan dan bermakna dengan orang lain.
- Kesedaran diri yang tinggi tentang tanggungjawab terhadap masyarakat.
- Berkebolehan untuk mengimbas kembali dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman yang diperolehi.
- Semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru dengan penuh komited, berinisiatif dan penuh keyakinan.
- Berkebolehan untuk menempuh segala cabaran hidup dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri.
- Memperolehi kepakaran atau kebolehan tertentu yang boleh dimanfaatkan untuk membantu orang lain dan kerjaya pada masa hadapan.
14. Bagaimanakah penggreddan dibuat?
Setiap subjek diberi gred 1 hingga 7:
- 7 Excellent (Cemerlang)
- 6 Very Good (Sangat Baik)
- 5 Good (Baik)
- 4 Satisfactory (Memuaskan)
- 3 Mediocre (Sederhana)
- 2 Poor (Lemah)
- 1 Very Poor (Gagal)
Jumlah mata maksimum untuk 6 subjek ialah 42.
15. Berapakah jumlah mata maksima yang boleh diperolehi?
45 (42 mata dari 6 subjek dan 3 mata matriks dari penilaian ‘Extended Essay’ dan ‘Theory of Knowledge’).
16. Apakah syarat kemasukan untuk mengikuti program IB?
Pelajar lepasan SPM atau setaraf dengannya boleh memohon untuk mengikuti program IB sekiranya memperolehi kelayakan yang ditetapkan oleh penaja.
18. Di negara manakah para pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran mereka?
Pelajar-pelajar boleh memohon untuk memasuki institusi pengajian di negara–negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand dan negara–negara lain yang ditetapkan oleh penaja.
B. A-Level
1. Apakah A-Levels?
Para siswa
akanbelajar selama 2 tahun. Persiapan untuk A-Levels seringkali
ditempatkan di sekolah-sekolah khusus. Tahun pertama disebut sebagai
“lower sixth” sedangkan tahun kedua disebut “upper sixth”. Siswa akan
mengikuti ujian diakhir tahun pertama dan kedua.
2. Mengapa belajar A-Levels?
Universiti-universiti
di luar negara(terutamanya di barat) dikenal dan diakui sebagai yang
terbaik di dunia, dan cara untuk anda diterima di salah satu universiti
tersebut adalah dengan ujian A-Levels.
3. Berapakah bilangan subjek bagi program A-Level?
Bilangan
minimum bagi subjek ialah 3 dan paling banyak ialah 4 subjek. Selain
itu, subjek yang ditawarkan di sesebuah kolej adalah berbeza dengan
kolej yang lain. Jadi, para pelajar dinasihatkan supaya menyemak
subjek-subjek yang ada ditawarkan di kolej yang ingin dimasuki.
4. Apakah institusi yang menawarkan program A-Level di Malaysia?
Berikut ialah senarai-senarai institusi yang menawarkan program A-Level di Malaysia:
- Taylors College
- Disted College
- KDU College
- Sunway university College
- INTI Education Group
- Methodist College
- University Teknologi MARA
- HELP University College
- Institute of Science and Management
- Nirwana College
- Kolej Gemilang
BAHAGIAN 2
1. Tahap Kesukaran
Sesiapa yang
berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi akan
tahu bahawa cabaran pembelajaran yang akan dihadapi akan menjadi lebih
sukar daripada pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Apabila
dibuat perbandingan antara A-Level dengan IB, tahap kesukaran dalam
pembelajaran yang akan dihadapi para pelajar adalah lebih sukar bagi
mereka yang memilih IB.
Hal ini
adalah kerana para pelajar yang memlih IB akan dinilai dalam pelbagai
subjek. Program IB direka khusus bagi para pelajar yang bermotivasi
tinggi dan mempunyai dorongan untuk berjaya dalam mata pelajaran anda
mungkin mendapati subjek tersebut sukar.
Kursus ini
menggabungkan enam mata pelajaran, tiga yang akan diambil di peringkat
standard dan tiga di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar memilih salah
satu dari setiap bidang-bidang berikut:
• Bahasa Asli (biasanya bahasa ibunda anda).
• Bahasa Kedua (ini boleh menjadi bahasa yang anda telah belajar atau yang baru).
• Sains (ini boleh menjadi Biologi, Fizik, Kimia atau sesuatu yang seperti Teknologi Reka Bentuk).
• Matematik dan Sains Komputer.
• Seni (Muzik, Teater,Tarian).
• Individu dan Masyarakat (Sejarah, Psikologi, Geografi).
• Bahasa Kedua (ini boleh menjadi bahasa yang anda telah belajar atau yang baru).
• Sains (ini boleh menjadi Biologi, Fizik, Kimia atau sesuatu yang seperti Teknologi Reka Bentuk).
• Matematik dan Sains Komputer.
• Seni (Muzik, Teater,Tarian).
• Individu dan Masyarakat (Sejarah, Psikologi, Geografi).
Selain itu,
pelajar yang memilih IB juga perlu melengkapkan kursus dalam teori
pengetahuan, mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat dan
menulis esei lanjutan sebanyak 4000 patah perkataan.
Bagi program
A-Level pula, para pelajarnya akan mengkaji subjek tertentu secara
terperinci. Program A-Level juga menawarkan pelbagai jenis subjek untuk
dipelajari seperti ‘applied A-levels’ iaitu subjek yang berkaitan
dengan penjagaan kesihatan dan sosial.
Dalam
program A-Level anda hanya akan mengambil 4/3 subjek sahaja. Jika
dibandingkan dengan program IB, para pelajarnya perlu mengambil 6
subjek.
Akhirnya,
para pelajar yang ingin cemerlang dalam program A-Level akan menyasarkan
‘A’ dalam 3 subjek yang mana mungkin tidak memerlukan usaha yang banyak
jika dibandingkan dengan pelajar IB yang perlu menyasarkan lebih
daripada 40 mata untuk mencapai taraf pelajar cemerlang. Bagi pelajar
A-Level yang hanya menyasarkan untuk lulus sahaja, hanya perlu
memastikan diri mereka memperolehi ‘C’ dalam 3 subjek yang mana mungkin
tidak memerlukan usaha yang banyak jika dibandingkan dengan pelajar IB
yang mesti mendapat lebih daripada 24 mata untuk mencapai tahap lulus.
2. Mana Satu Lebih Dipandang Tinggi
Agak sukar
untuk mengatakan yang mana satukah program yang lebih dipandang tinggi
sama ada program IB atau A-Level. Bagi kalangan pelajar, program A-Level
adalah lebih dikenali berbanding program IB. Apabila ditanya kepada
pelajar yang mengambil A-Level mengetahui apa itu program IB, kebanyakan
mereka akan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai
program IB.
Dalam dunia
hari ini, program IB telah diiktiraf oleh lebih daripada 100 universiti
di luar negara. Jadi, adalah wajar jika saya katakan bahawa adalah lebih
baik sekiranya anda memilih program IB apabila anda ingin melanjutkan
pelajaran ke luar negara kerana peluang anda akan lebih cerah kerana
terdapat lebih daripada 100 universiti di luar negara yang mengiktiraf
program IB.
Walau
bagaimanapun tidak dinafikan memang terdapat beribu-ribu pelajar yang
mengambil program A-level mendapat tempat di universiti pada setiap
tahun.
Program IB
menawarkan pengetahuan asas yang lebih luas, bukannya pengetahuan yang
mendalam mengenai sesuatu subjek manakala program A-level adalah
sebaliknya.
Bagi mereka
yang telah mempunyai laluan kerjaya yang jelas, program A-Level adalah
lebih baik kerana program tersebut menawarkan pembelajaran yang mendalam
mengenai sesuatu subjek yang berkaitan dengan kerjaya kita. Walau
bagaimanapun bagi mereka yang mungkin mahu menjadi apa-apa dari seorang
peguam kepada seorang saintis forensik, program IB ialah pilihan yang
wajar dipilih.
3. Cara Seseorang Pelajar Dinilai
Penilaian
bagi program IB dan A-Level melibatkan peperiksaan dan kerja kursus.
Untuk program IB, anda akan diberikan maksimum sebanyak 45 mata (7 mata
daripada setiap 6 subjek pilihan dan 3 mata daripada 3 subjek teras).
Bagi
memperolehi diploma dalam program IB anda mestilah mendapat
sekurang-kurannya 24 mata. Mengikut ‘Universities and Colleges
Admissions Service’ (UCAS), 24 mata dalam program IB bersamaan dengan
‘260 UCAS points’ iaitu bersamaan dengan 1B dan 2C dalam program
A-Level. Mata yang paling tinggi dalam program IB ialah 45 mata iaitu
bersamaan dengan ‘720 UCAS points’ yang bersamaan dengan 6A dalam
program A-Level.
Oleh itu,
sistem mata yang digunakan dalam program IB membolehkan para pelajar
yang terbilang dalam kalangan pelajar yang cemerlang dapat dikenal
pasti.
Akhirnya,
dalam program IB para pelajarnya juga dikehendaki menulis esei lanjutan
iaitu suatu projek penyelidikan yang dijalankan sendiri oleh pelajar.
Dengan esei lanjutan ini, para pelajar akan mendapat pendedahan awal
mengenai cara untuk menulis tesis (biasanya ditulis oleh mereka yang
ingin mengambil PhD) yang mana merupakan satu kelebihan bagi para
pelajar yang mengambil program IB.