Sunday 22 May 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM BIL. 15/2016 HARI KELUARGA 2016 : GOLD COAST MORIB INTERNATIONAL RESORT



Pada 21/5/2016, hari Sabtu yang lalu, saya mengikuti ibu ke Gold Coast International, Morib bagi acara dwi tahunan Hari Keluarga tempat ibu saya berkerja.  Saya telah dijemput oleh ayah dari Kolej PERMATApintar Negara UKM setelah mendapat kebenaran dari En Fadzil iaitu warden Kolej untuk dibawa keluar dari Pusat PERMATApintar Negara.  Ini adalah pengalaman yang pertama ke Gold Coast International, Morib. Saya pernah ke Gold Coast Sepang yang mana hotel penginapan terletak di atas air.  Manakala, Gold Coast International, Morib terkenal dengan taman tema air (water park).



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Morib mengambil masa selama 45 minit. Morib terletak dalam daerah Kuala Langat yang berhadapan dengan Selat Melaka.  Dari Pantai Morib, saya dapat lihat dengan jelas kapal-kapal perdagangan yang belayar menyusuri Selat Melaka menghala ke selatan. Saya dibertahu oleh ayah bahawa Selat Melaka adalah antara laluan kapal yang tersebuk di dunia.


Saya amat suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan ke Banting.  Daerah Kuala Langat adalah satu daerah yang subur dengan tanaman terutama buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Masyarakat di sini kebanyakkan terdiri dari golongan Melayu keturunan Bugis dan Jawa.  Hujung minggu adalah waktu puncak kepada Resort di sini.  Saya lihat pelbagai agensi mengadakan Hari Keluarga di Resort ini. 







Pada sebelah petang iaitu tepat jam 3:30 petang bermula acara sukanneka.  Setiap ahli keluarga di pecahkan kepada 5 kumpulan. Saya, ibu dan adik ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan bagi membolehkan jalinan kemesraan dipupuk bagi mencapai tujuan diadakan hari keluarga.  Acara sukan neka yang diadakan adalah meniup belon, membungkus mami, dan pelbagai lagi.  Pasukan saya iaitu pasukan hijau telah mendapat tempat terakhir.  Semua keluarga didapati bermain mengikut kemampuan sendiri dan untuk berseronok.  


Sebaik sahaja acara sukanneka tamat, saya dan adik bermain di tepi pantai.  Ayah tidak membenarkan saya berenang di tepi pantai memandangkan angin yang kencang dan ombak yang kuat yang mana boleh membahayakan keselamatan saya.  Pandangan di waktu senja di Morib, amat indah dan mengasyikan.










Pada sebelah malam, telah diadakan acara makan malam dan penyampaian hadiah.  Sementara kami menjamu selera, ramai pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja di bawah selian ibu, mengambil bahagian dalam acara kareoke.  Saya juga tidak ketinggalan menyumbangkan sebuah lagu, nyayian Adele.




Kami sekeluarga telah mendapat banyak hadiah. Saya dan keluarga berjaya membawa pulang 3 buah hamper, dan pelbagai hadiah yang lain sehingga boot kereta penuh dengan hadiah.  Saya juga telah membawa pulang ke Kolej PERMATApintar sebungkus hamper. Oleh kerana terlalu banyak, ayah juga telah memberi sebahagiannya kepada sahabat baik saya Muhamad Harith Ahmad Hanafi.  Setiap kali ayah dan ibu datang ke Kolej PERMATApintar, ayah sentiasa membawa makanan untuk saya dan Harith yang mana, ayah telah menganggap Harith sebahagian dari keluarga kami. 




Pada hari kedua, saya menghabiskan masa bersama dengan keluarga saya sendiri dengan mandi di taman tema air serta menghabiskan masia di tepi pantai.  Secara kesimpulannya, Hari Keluarga Jabatan ibu saya berkerja telah berjaya dilangsungkan dengan lancar dan mancapai objektif diadakan. Malahan saya sekeluarga berasa bertuah dan bersyukur dapat menghadirinya.





No comments: