Sunday 30 August 2015

Selamat Pengantin Baharu, Instruktor Matematik Yang Amat Ku Sayangi ..Tahniah Miss Su





Ikan di laut asam di darat 
Dalam kuali bertemu jua 
Hati terpaut janji diikat 
Atas pelamin bertemu jua
Orang jauh dikenang-kenang 
Hanya terkenang pada yang satu 
Mula berkenal kemudian bertunang 
Diatas pelamin sama bersatu
Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Whatapps sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong
Dengarlah ini adik berpesan
Anak menantu, adik ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan
Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai
Amat garang datuk bentara 
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua 
Hudup bersama susah senang













No comments: