Tuesday 28 April 2015

Aktiviti Diriku 25/4/2015 - Hari Graduasi 2015

25/4/2015 - SABTU

Hari ini adalah hari bersejarah kepada pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara 1314 bagi 'batch ke-3' iaitu Majlis Graduasi mereka.  Pada tahun ini, agak meriah kerana buat pertama kalinya Majlis Graduasi diadakan di auditorium Pusat PERMATApintar Negara.  Seniors batch ke-3 tidak berpeluang mengunakan auditoium, kompleks sukan dan kolam renang kerana bangunan-bangunan ini hanya siap dan serah pada awal tahun 2015. 



Seperti biasa aku dan Jing Kai mengambil bahagian dalam persembahan iaitu duo piano dan biola.  Pada kali ini kami mempersembahkan 7 buah lagu sepanjan majlis berlangsung. 


Kepada semua seniors batch ke -3 terima kasih kerana anda telah melayan batch ke-4 terutama kami pelajar perintis Foundation dengan baik dan penuh kasih sayang. Tahniah dan selamat berjuang hingga penamatnya.


Tahniah Abang Izani (rakan sebilik semester 1 2014)

No comments: